Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Payah Beli Berkarton-karton Air Gas, Ini Cara Buat Pati Air Fanta Hijau Homemade. Lebih Jimat Dan Confirm Sedap!

Tak Payah Beli Berkarton-karton Air Gas, Ini Cara Buat Pati Air Fanta Hijau Homemade. Lebih Jimat Dan Confirm Sedap!

Kategori: ,
Pati Air Fanta Hijau

Hujung minggu nanti, pasti ramai yang merancang untuk adakan majlis rumah terbuka di rumah.

Sebagai tuan rumah, biasanya kita akan sajikan air bergas pelbagai perisa dan warna kepada tetamu. Ada juga yang siap standby beli beberapa karton air berkarbonat di rumah. Dahsyat betul!

Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada satu resepi yang cukup menarik dan sangat berguna untuk anda yang ingin menjamu air pada ramai tetamu. Yang paling best sekali, resepi ini lebih menjimatkan!

Hari ini kita akan lihat cara untuk buat pati air fanta hijau. Ya, anda juga boleh buat patinya dari rumah, tak perlulah anda borong berbotol-botol air berkarbonat di pasar raya.

Lebih sedap dan tak bergas, rasanya pasti disukai ramai tak kira tua atau muda. Bila ada tetamu datang, anda hanya perlu bancuh dengan air dan tambahkan ais saja!

Jom kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Mawar Wilsa ni. Kalau nak tahu resepi ini dah viral di Facebook sehingga mencapai 6k share!

Resipi Pati Air Fanta Hijau. Menyegarkan Tekak, Sesuai Untuk Dihidang Pada Tetamu

Bahan-Bahan:

  • 3 kg gula pasir
  • 2 liter air
  • 1 botol kecil Sunquick Oren 330 ml
  • ½ botol pewarna hijau apple
  • ½ botol perisa pisang

Cara-Cara:

  • Masukkan air dan gula ke dalam periuk sehingga mendidih. Kacau sehingga gula larut.
  • Masukkan pula Sunquick Oren dan pewarna hijau, kemudian biarkan sehingga mendidih
  • Tutup api dan masukkan perisa pisang. Kacau sebati dan biarkannya sejuk pada suhu bilik
  • Simpan di dalam botol
  • Sedia untuk digunakan. Anda boleh bancuh dengan air sejuk dan tambah ais. Simple dan sedap!

Bila anda dah tahu resepi mudah ni, anda tak perlulah bersusah payah borong air gas dan angkutnya pulang ke rumah.

Mudah saja rupanya nak buat pati air Fanta hijau ni. Warnanya juga sebiji macam yang dijual di pasar raya.

Tetamu juga mungkin tertipu dengan rasa dan warnanya dan memang mirip dengan air Fanta hijau asli. Memang rugi kalau tak cuba resepi ni.

Kalau minum sejuk-sejuk memang best. Kalau nak lagi special, anda juga boleh tambahkan biji selasih atau buah laici dalam tin. Ikutlah kreativiti sendiri!

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat persiapan dalam mengadakan rumah terbuka pada hujung minggu nanti. Selamat mencuba!

Kredit : Mawar Wilsa

tags: |