Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 20 Kedai Nasi Ayam di Kedah Yang Sedap & Terbaik, Kalah Hotel 5 Bintang!

20 Kedai Nasi Ayam di Kedah Yang Sedap & Terbaik, Kalah Hotel 5 Bintang!

Kategori:
kedai nasi ayam di Kedah

Teringin nak makan nasi ayam yang sedap di Kedah? Mungkin anda boleh kunjungi 20 kedai nasi ayam di bawah ini. Rata-rata kedai nasi ayam dibawah ini merupakan port kegemaran daripada kalangan penduduk Kedah dan juga penduduk luar Kedah.

Jadi apa tunggu lagi, sekiranya anda pergi melancong ke Kedah kunjungilah senarai kedai di bawah ini bagi merasai sendiri keenakan nasi ayam di kedai-kedai tersebut.

Kunjungi 20 Kedai Nasi Ayam Di Bawah Ini Sekiranya Anda Berada Di Kedah

1.Tat Nasi Ayam

Berada di sekitar Alor Setar? Mungkin anda boleh singgah sebentar di kedai makan Tat Nasi Ayam ini. Menu di sini memang sangat istimewa, baunya sahaja sudah membuatkan selera kita membuak-buak. Jika disuap nasi ayam ini ke mulut pasti anda akan menikmati kesedapan nasi ayam dan ayamnya yang sangut juicy. Pasti tak menyesal!

Alamat:

  • No 22, Ground Floor, Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan, 05305 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi:

  • Setiap hari (11AM – 1.30AM)

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”38258″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”6995″]

2. Nasi Ayam Periuk Besar

Kedai Nasi Ayam Periuk Besar ini memang merupakan port kegemaran orang ramai. Selain menyediakan nasi ayam yang berlaukan ayam, ada juga hidangan yang berlaukan daging kambing. Memang terbaik sangat tau. Jadi jangan lupa untuk singgah menjamu selera di kedai yang terletak di Kulim ini.

Alamat:

  • Jalan Mewah 4, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis (10.30AM – 5PM)
  • Jumaat tutup
  • Perkhidmatan COD disediakan

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”38391″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7011″]

3. Restoran Pak Hj. Ya Nasi Ayam

Nak rasai Nasi Ayam yang berbeza dengan kedai yang lain? Restoran Pak Hj Ya ini adalah tempatnya. Hidangan di sini bukan sahaja murah namun tersangat sedap. Kebanyakan dari pelanggan yang pernah ke sini pasti dapat temui apa perbezaan yang mereka cari selama ini.

Alamat:

  • No. 85 & 86, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis
  • Ditutup pada hari Jumaat

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”38341″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”38925″]

4. Restoran Nasi Ayam Periuk Besar Alor Setar

Selain daripada Nasi Ayam Periuk Besar di Kulim, Nasi Ayam Periuk Besar di Alor Setar ini juga merupakan tempat wajib dikunjungi oleh orang ramai sekiranya berada di Alor Setar. Di sini mereka menyediakan pelbagai hidangan seperti Nasi Goreng Ayam, Bihun Bakso dan sebagainya. Setiap hidangan itu pastinya sangat menggiurkan.

Alamat:

  • No. 18, Taman Enggang, Jalan Langgar,  05460 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis (11AM – 7PM)
  • Jumaat tutup
  • Makanan boleh dipesan melalui FoodPanda

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”39874″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7036″]

5. Nasi Ayam Sungai Seluang

Bagi sesiapa yang suka menikmati hidangan dalam suasana kampung inilah tempat yang sangat sesuai untuk anda. Ditambah dengan hidangan nasi ayam yang lazat dan murah serta percuma WiFi pastinya anda tidak menyesal jika ke sini.

Alamat:

  • 1257, Jalan Sepakat, Kampung Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis (11AM – 12AM)
  • Jumaat tutup

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”38907″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7054″]

6. Nasi Ayam Pak Mud

Nasi Ayam Pak Mud ini merupakan kedai yang boleh anda kunjungi sekiranya anda terkenang suasana kampung. Pekena Nasi Ayam di bawah pokok yang rendang disertai dengan angin yang sepoi-sepoi pastinya menyegarkan dan membahagiakan. Jangan lupa ye singgah di sini!

Alamat:

  • Kampung Langgar, 08100 Bedong, Kedah

Waktu Operasi:

  • Ahad hingga Khamis (9AM – 2PM)
  • Ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7056″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7067″]

7. Tat PJ 2 (Nasi Ayam Madu & Sup Utara)

Terletak di Pekan Jitra, kedai Nasi Ayam Madu Tat PJ ini sering penuh dengan pelanggan tidak kira waktu. Mungkin anda boleh kunjungi kedai ini bersama keluarga besar anda. Selain dari Nasi Ayam ada juga menu lain yang kelihatan sangat sedap dan menggoda.

Alamat:

  • Medan Selera PJ2 Food Court, Pekan Jitra 2, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi:

  • Selasa hingga Sabtu (10.30AM – 11PM)
  • Ahad dan Isnin tutup

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7068″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7073″]

8. Nasi Ayam Golek Ibunda

Jika anda berada di Taman Bestari Kulim, singgah sahaja di Nasi Ayam Golek Ibunda ini untuk menikmati nasi ayam yang sedapnya memang luar biasa. Ayam nya memang terlampau sedap, sangat juicy dan secukup rasa! Memang susah untuk menjumpai nasi yang seperti ini ditempat lain.

Alamat:

  • 613, Jalan Bestari 12, Taman Bestari Kulim, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi:

  • Khamis hingga Selasa (10AM – 7PM)
  • Ditutup pada hari Rabu

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7076″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7086″]

9. Naim Nasi Ayam

Nak cari Nasi Ayam yang lazat dan menyelerakan di Kedah? Naim Nasi Ayam adalah tempatnya. Selain daripada nasi ayam, anda juga boleh memesan apa-apa menu atau hidangan yang anda sukai. Semuanya tampak sedap dan menyelarakan. Dan tersangatlah rugi, jika anda sudah berada Pekan Jitra namun tidak berhenti menjamu selera disini.

Alamat:

  • No 10A Ground Floor Kompleks Perniagaan Aman, Pekan Jitra 2, Jitra, Kedah

Waktu Operasi:

  • Rabu hingga Isnin (12PM – 11PM)
  • Ditutup pada hari Selasa

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7088″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7099″]

10. Nasi Ayam Payung Besar (Abang Lee)

Nasi Ayam merupakan makanan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Sama ada pada waktu siang atau malam. Memang sesuai sangat, lebih-lebih lagi jika anda menikmati Nasi Ayam di kedai Nasi Ayam Payung Besar yang terletak di Baling ini. Rata-rata pelanggan yang sudah mencuba nasi ayam di sini pasti sarankan kedai ini.

Alamat:

Baling, 09100 Baling, Kedah

Waktu Operasi:

  • Ahad hingga Khamis (8AM – 5PM)
  • Ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7100″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7107″]

11.  Maria Nasi Ayam & Chicken Chop Family Corner

Memang banyak kedai di luar sana yang menyediakan makanan yang sedap namun servisnya pula kurang. Walaupun sedap pastinya ia tetap mengganggu anda semua kan. Jadi sekiranya anda ingin mencari kedai nasi ayam yang sedap dan servis yang terbaik, mungkin Maria Nasi Ayam ini adalah salah satu kedai yang wajib anda kunjungi.

Alamat:

  • 39, Jalan Merpati 1/3, Desa Aman, Jalan Merpati 1/3, Desa Aman, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari (5PM – 1AM)

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7288″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7297″]

13. Gerai Makan Makngah Stesen Teksi Jitra

Walaupun banyak kedai Nasi Ayam di luar sana namun tak semuanya mampu menyediakan nasi ayam yang sedap dan tak muak serta halal. Berbeza dengan Nasi Ayam di Gerai Makan Makngah Stesen Teksi Jitra ini kerana Nasi Ayam di sni memang sedap dan pior sangat rasanya. Bahkan bukan sahaja sedap malah harganya juga turut murah. Memang rugi kalau tak singgah!

Alamat: 

  • Pekan Jitra 2, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis (7AM – 7PM)
  • Ditutup pada setiap hari jumaat

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7332″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”39646″]

14. Nasi Ayam Panggang Hang Li Po & Coffee Shop

Nasi Ayam Panggang Hang Li Po & Coffee Shop ini tempat yang sesuai untuk anda kunjungi bersama kawan-kawan. Borak panjang-panjang sambil megopi dan menjamu nasi ayam. Malah ada juga menu lain seperti itik panggang. Harga pula sangat-sangat berpatutan. Memang tak menyesal kalau cuba makan sini tau!

Alamat:

  • Bangunan PKNK, 4, Jalan Tunku Asaad, Kulim, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka Rabu hingga Isnin (11AM – 6PM)
  • Hari Isnin ditutup.

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7306″]

Review pengunjung:

[foogallery id=”7313″]

15.Nasi Ayam Penyet AP

Sekali sekala tekak ingin makan pedas, cubalah hidangan di Ayam Penyet AP ini. Memang teramat sedap, anda boleh pilih menu apa yang anda inginkan sama ada Ayam Penyer, Ayam Bakar, Udang, Ikan Keli dan ada banyak lagi menu lain yang pastinya sangat-sangat menggiurkan.

Alamat:

  • Amanjaya Mall, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari (10.30AM – 10PM)

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7315″]

Review Pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7318″]

16. Delima Nasi Tomato Ayam Goreng Berempah

Jika anda berada di Sungai Petani, singgah sahaja di Delima Nasi Tomato Ayam Goreng Berempah ini. Sekali makan terus nak datang lagi next time. Sebab nasi yang mereka sediakan ini bukan biasa-biasa tau. Tempat juga menarik. Memang sangat sesuai untuk makan bersama keluarga atau pun rakan-rakan.

Alamat:

  • Parking lot Public Bank Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (6PM – 10PM
  • Hari Isnin ditutup

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7323″]

Review pengunjung:

[foogallery id=”7327″]

17. Warung Malam Tikam Batu (Ayam Kapak)

Antara menu yang paling popular di sini adalah Ayam Kapak. Sebut sahaja Ayam Kapak pasti penduduk di sekitar Kedah tahu di mana kedainya. Kedai ini dibuka seawal 6 pagi jadi kemungkinan untuk lauk habis adalah tinggi. Jadi bagi anda yang nak merasai bagaimana kesedapan Ayam Kapak ini sehingga menjadi buah mulut orang ramai bolehlah datang kesini pada awal waktu.

Alamat:  

  • Taman Setia Budi, 08600 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka pada Sabtu hingga Khamis (6PM – 11.30PM)
  • Jumaat tutup

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7334″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7378″]

18. Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau

Nasi ayam dengan cabai hijau? Tak pernah atau jarang sangat untuk kita jumpai hidangan yang sedemikian rupa. Jadi jika anda berada di sekitar kunjungilah kedai Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau ini. Ramai pelanggan yang telah menikmati hidangan di sini mengatakan ianya sangat sedap. Tidaklah terlalu pedas tapi memang sangat kena dengan mulut melayu. Harganya juga bepatutan. Jom serbu sekarang!

Alamat :  

  • No.4 Tepi Pasaraya Adam Mart Taman Pandan, Jalan Sultanah Sambungan 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka Sabtu hingga Khamis (11AM – 8PM)
  • Ditutup pada hari Jumaat

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7471″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7482″]

19. Gerai Nasi Ayam Panggang Sempoi (Bawah pokok)

Nak makan nasi ayam yang sedap dan udara yang tenang serta segar? Gerai Nasi Ayam Sempoi inilah tempat yang paling sesuai untuk anda menjamu selera. Makan nasi ayam dibawah pokok yang besar memang syok tau! Lebih syok lagi apabila hidangan yang kita makan itu terlampau sedap, kemungkinan tak cukup sepinggan kalau makan disini.

Alamat:

Taman Lembah Bujang, 08100 Bedong, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka pada hari Jumaat hingga Rabu (8AM – 5.30PM)
  • Ditutup pada hari Khamis

Jom lihat Kedai ini :

[foogallery id=”7485″]

Review pengunjung tempat ini:

[foogallery id=”7493″]

20. Anjung Nasi Ayam Bukit

Anjung Nasi Ayam Bukit jika dari jauh kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun menu atau hidangan yang mereka sediakan adalah terlalu sedap. Memang tak pandang kiri kanan kalau makan Nasi Ayam di sini. Ditambah pula dengan minum air coconut shake atau air kelapa yang segar, memang bertambah nikmatnya. Jadi jika anda ke Bukit Kayu Hitam, singgahlah mengisi perut di sini!

Alamat:

  • Felda Bukit tangga. Jalan Mardi, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah

Waktu Operasi:

  • Dibuka dari 10.00 pagi – 7.00 petang (Sabtu – Khamis)
  • Ditutup pada hari Jumaat

Gambar lokasi:

[foogallery id=”39915″]

Review pengunjung:

[foogallery id=”7511″]

tags: | | |