Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Ringkas Masak Hidangan Bunga Kantan Goreng, Makan Dengan Nasi Sahaja Pun Enak!

Cara Ringkas Masak Hidangan Bunga Kantan Goreng, Makan Dengan Nasi Sahaja Pun Enak!

Kategori: ,
Bunga Kantan goreng

Bunga Kantan merupakan salah satu tanaman yang sering ditanam di halaman rumah. Sering kali kita mendengar, ulaman ini dijadikan salah satu bahan utama untuk memasak Laksa, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan juga Tomyam.

Tetapi kadang kala, orang ramai bingung untuk menggunakan dan memanfaatkan Bunga Kantan jika ingin memasaknya dengan cara yang ringkas dan cepat.

Dan, tahukah anda? Dengan hanya menggoreng Bunga Kantan dengan cara yang betul, anda boleh menikmati Bunga Kantan goreng hanya bersama nasi putih yang dihidangkan panas-panas dan selera makan pasti akan meningkat.

Di sini, kami kongsikan cara memasak Bunga Kantan goreng yang dapat membuat anda sekeluarga menambah nasi berkali-kali!

Cara Ringkas Masak Hidangan Bunga Kantan Goreng, Makan Dengan Nasi Sahaja Pun Enak!

Bahan-bahan

  • Bunga Kantan mekar yang dikupas kelopak (kalau keras, hiris sedikit)
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Ikan bilis
  • Garam dan serbuk perasa Bunga Kantan goreng

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang merah, cili padi dan ikan bilis sampai naik bau yang sedap.
  2. Masukkan Bunga Kantan dan tumis sehingga Bunga Kantan kelihatan layu sedikit.
  3. Perasakan Bunga Kantan dengan garam dan serbuk perasa.
  4. Seimbangkan rasa masin, pedas dan masam lalu siap untuk dinikmati. (Tips: Bunga Kantan sudah semulajadi masam rasanya, jadi tidak perlu tambahkan asam keping).

Bunga Kantan goreng

Bunga Kantan goreng

Nampaknya, amat senang untuk menikmati Bunga Kantan dengan cara dan hidangan yang ringkas, kan?

Jadi, kalau anda bingung nak buat apa dengan Daun Kantan yang ada dalam peti atau di bahagian laman rumah anda, bolehlah ikut resepi ini dengan cara masakan yang sepantas kilat.

Selamat mencuba dan menikmati.

Kredit: Ernieadilah Zulk 

Baca juga: Cara Buat Telur Masin Homemade, Mudah Sahaja! Jimat, Tak Perlu Beli Dah Di Kedai

tags: | |