Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Very Good”-Saham Syarikat Indonesia Meningkat 7.35% Lepas Elon Musk Cuba Gula-Gula Kopiko

“Very Good”-Saham Syarikat Indonesia Meningkat 7.35% Lepas Elon Musk Cuba Gula-Gula Kopiko

Kategori:

Jenama gula-gula berperisa kopi iaitu Kopiko sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia sudah menjadi sebahagian besar dari zaman kanak-kanak kita dan masih utuh sehingga ke hari ini.

Siapa sangka dengan gesture yang cukup simple dari Elon Musk lepas makan gula-gula ini, ia boleh membawa tuah bagi satu syarikat di Indonesia?

Gula-Gula Kopiko

Elon Musk Dihadiahkan Gula-Gula Kopiko

Perkara ini mendapat perhatian warganet apabila pemilik baharu Twitter tersebut melakukan pertemuan bersama delegasi Indonesia hujung bulan lepas.

Dalam kunjungan tersebut, ahli delegasi Indonesia telah menghadiahkan manusia terkaya di dunia itu dengan gula-gula berperisa kopi yang terkenal di Asia iaitu Kopiko.

Detik bersejarah ini telah dikongsikan melalui akaun Instagram Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.

Gula-Gula Kopiko

Elon Musk Bagi Thumbs Up Untuk Gula-Gula Kopiko

Apabila merasainya buat kali pertama, Elon Musk mengucapkan “Very Good” sambil memberikan thumbs up sebagai tanda yang gula-gula Kopiko itu memang kena dengan citarasanya.

Sebaik merasai keenakan gula-gula Kopiko, Elon Musk sempat berseloroh kepada Luhut dan berkata “Ada apa-apa lagi dari Indonesia yang saya boleh rasa?”

Perkongsian video ini ternyata membuatkan warganet dari negara jiran cukup bangga apabila melihat Elon Musk merasai sendiri kesedapan gula-gula berperisa kopi kebanggaan Indonesia.

Berdasarkan laporan SCMP, pertemuan ini bertujuan bagi membincangkan potensi industri kereta elektrik serta peluang pelaburan dalam sektor tersebut.

Bila Tular, Saham Syarikat Pengeluar Gula-Gula Kopiko Meningkat!

Untuk maklumat korang, jenama Kopiko ni dimiliki oleh PT Mayora Indah Tbk atau lebih dikenali sebagai Mayora.

Syarikat makanan dan minuman ini sudah bertapak di Indonesia sejak tahun 1977. Mayora juga diiktiraf sebagai pengeluar gula-gula kopi terbesar di dunia menerusi jenama Kopiko.

Sejak perkongsian ini tular di media sosial, saham Mayora dilaporkan meningkat sehingga 7.35% pada keesokan harinya!

Gula-Gula Kopiko

Dengan reputasi yang cukup hebat, pastinya aksi ringkas namun mencuit hati dari Elon Musk ini memberikan impak dan secara tak langsung menjadi marketing percuma buat jenama Kopiko.

tags: |