Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 7 Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!

7 Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!

Kategori:

Selain menempatkan pelbagai tempat pelancongan menarik dan padat dengan khazanah sejarah negara, pelancong biasanya datang ke Melaka untuk rasai pelbagai juadah yang ditawarkan di negeri ini.

Kunjungan korang ke Melaka memang tak lengkap jika tak cuba hidangan asam pedas asli di sini. Kalau nak tahu dekat mana port asam pedas paling best di Melaka, teruskan membaca!

Port Asam Pedas Melaka Paling Power Yang Wajib Anda Cuba

7. Asam Pedas Pasar Borong

Kalau korang tanya orang Melaka di mana asam pedas yang paling best, diorang pasti akan syorkan Asam Pedas Pasar Borong. Sesuai dengan namanya, ia memang terletak betul-betul di belakang pasar borong.

Kalau nak tahu, di sini ada beberapa gerai asam pedas yang boleh anda cuba. Namun, yang dikatakan paling terkenal adalah Asam Pedas Claypot Dahlia Ria Corner dan Ujang Asam Pedas.

Ramai yang suka makan di sini kerana ikannya dikatakan segar, harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan.

Disebabkan tempat ni sentiasa padat dengan pelanggan, anda kenalah bersedia untuk beratur sekali!

Alamat : Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam, Melaka

Waktu Operasi : 6.00 petang hingga 2.00 pagi (Cuti setiap Isnin)

6. Asam Pedas Claypot

Restoran asam pedas Melaka yang terletak di Taman Kota Laksamana ini pula cukup popular di kalangan pelanggan dan pelancong yang ingin nikmati asam pedas ‘kaw’ untuk makan malam. Jarang tempat ni lengang, selalunya full house!

Asam pedas di sini dihidangkan dengan cara yang berbeza berbanding restoran lain iaitu di dalam claypot.

Bila anda sudah berkunjung di sini, jangan lupa untuk pesan asam pedas tetel (daging lembut bercampur urat dan lemak) yang menjadi hidangan trademark bagi warga Melaka.

Alamat : 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi : 6.00 petang hingga 2.00 pagi

Asam Pedas Melaka

asam pedas melaka

5. Asam Pedas Pak Man

Satu lagi gerai asam pedas Melaka yang tak perlu diperkenalkan lagi, anda wajib nikmati Asam Pedas Pak Man bila bertandang ke sini.

Kalau nak nikmati sarapan dekat sini pun boleh sebab ia dibuka seawal 8,00 pagi. Selain asam pedas, kedai yang terletak di Bukit Katil ini juga menyajikan aneka kuih-muih tradisional seperti seri muka, pau dan keria.

Kuih nyonya yang susah kita nak jumpa pun ada dijual di sini! Kalau anak-anak tak makan pedas, anda boleh pesankan untuk mereka roti canai atau nasi ayam yang turut dijual di sini.

Alamat : No 51, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari (Asam pedas mula dihidangkan jam 11 pagi)

Facebook : Asam Pedas Pak Man

Asam Pedas Melaka

4. Asam Pedas Selera Kampung

Kedai Asam Pedas Selera Kampung ni bukan calang-calang tau! Kalau nak tahu, kedai ini pernah buat kemunculan di kaca TV dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dan Warung Kita!

Bermula dari harga RM 6.00 sepinggan, pelanggan boleh nikmati asam pedas Melaka yang dikatakan antara yang paling padu di negeri bersejarah ini. Jangan lupa untuk cuba asam pedas ikan jenahak yang menjadi trademark restoran ni!

Selain asam pedas, kedai ini turut menawarkan hidangan lain buat pelanggan seperti ayam masak kicap, ayam kampung dan pelbagai lauk-pauk.

Alamat : G2, Jalan PM3 Plaza Mahkota Square, 75000 Bandar Hilir, Melaka

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 6.00 petang

Facebook : Asam Pedas Selera Kampung

3. Restoran Selera Hang Tuah

Orang Melaka sering menggelar restoran ini sebagai asam pedas traffic light Duyong. Kalau nak tahu, restoran ini sudah pun wujud sejak berpuluh tahun bagi menyediakan hidangan asam pedas asli secara turun-temurun.

Menu yang paling unik yang wajib anda cuba di sini adalah asam pedas gearbox dan sup urat keting. Memang padu, rugi tak cuba!

Alamat : Lot 1407,Jalan Bukit Katil, Kampung Duyung, Semabok 75460 Melaka

Waktu Operasi : 5.30 petang hingga 2.00 pagi

Facebook : Restoran Selera Hang Tuah

Asam Pedas Melaka

2. Asam Pedas Station

Asam Pedas Station merupakan satu lagi restoran asam pedas yang boleh anda kunjungi pada untuk nikmati makan tengah hari.

Mungkin ramai tak tahu, namun restoran ini adalah milik anak Haji Isenin yang popular dengan Kari Kepala Ikan di Melaka.

Selain asam pedas, anda pasti rambang mata bila makan di sini dengan pelbagai makanan yang ditawarkan. Ada hidangan tomyam, menu goreng-goreng yang dimasak panas dan macam-macam lagi.

Alamat : Bukit Katil, Taman Saujana, 75450 Melaka

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam

Facebook : Asam Pedas Station – Nooraidah Hj Isenin

Asam Pedas Melaka

1. Asam Pedas Lot 35

Bagi yang sedang berada di sekitar bandar Melaka, anda bolehlah berjalan kaki ke Asam Pedas Lot 35 yang terletak di belakang Mahkota Parade ni.

Selain asam pedas, terdapat pelbagai jenis hidangan lauk-pauk kampung yang disediakan di sini. Bila dipadankan pula dengan ulam-ulaman serta kerabu mangga, perghh! Memang mengancam habis!

Kalau korang bertuah, korang juga berpeluang untuk nikmati menu istimewa seperti itik masak cili api dan ayam kampung.

Orang kata, makan disini agak mahal, pelanggan pun ramai! Tapi setandinglah dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar. Kalau rasanya sedap, apa salahnya belanja lebih sekali-sekala, bukan?

Alamat : Jalan PM 5, Plaza Mahkota, 75000 Bandar Hilir, Melaka

Waktu Operasi : 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang

Asam Pedas Melaka Asam Pedas Melaka

Terliurnya tengok pelbagai menu asam pedas yang boleh dicuba di Melaka. Memang rugi kalau tak singgah dan nikmati rasa asam pedas asli yang pekat dan piau bak kata orang Melaka.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rancang percutian anda seterusnya di Melaka untuk nikmati pelbagai menu asam pedas yang menjadi trademark bagi negeri ni!

Kalau boleh datang awal, ya! Sebab kebanyakan restoran dan warung asam pedas Melaka yang tersenarai ni selalu padat dengan pelanggan! Selamat menjamu selera!

tags: |