Susu sememangnya baik untuk diamalkan oleh seisi keluarga sebagai sumber kalsium dan tinggi kandungan vitamin.
Sekarang, terdapat banyak jenis dan jenama susu yang ada di pasaran.
Nak tahu apa perbezaannya, jom kita semak satu-persatu!
Susu segar harganya lebih mahal sedikit kerana ia dibuat daripada susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia hanya boleh didapati dalam bentuk cecair sahaja.
Jenis susu ini mengandungi kandungan lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Walaupun kadar lemaknya agak tinggi berbanding jenis susu lain, ia tak bermakna susu penuh krim tidak baik untuk kesihatan.
Memetik DoctorOnCall, susu penuh krim mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi. Nutrisi ini penting bagi meningkatkan kesihatan jantung serta saluran darah.
Selain dijual dalam bentuk cecair yang sedia diminum, ia juga dikeringkan dan dijual dalam bentuk susu tepung.
Ada juga sesetengah susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi semula di kilang tempatan untuk dijadikan susu cecair semula. Oleh sebab itulah harganya lebih murah daripada susu segar.
Susu penuh krim juga disyorkan bagi kanak-kanak kerana ia mengandungi lemak baik yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat. Jom tengok cara buat dadih guna susu penuh krim yang pernah kita kongsikan sebelum ini!
Susu rendah lemak pula telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi 1.5% sahaja. Susu ini bileh didapati dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Susu ini sering menjadi pilihan bagi yang sedang mengawal berat badan kerana kandungan lemaknya yang telah dibuang dengan banyak sehingga tersisa 0.15% sahaja.
Ia tersedia di pasaran dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Kalau nak tahu, lemak susu diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Ini disebabkan oleh ketumpatan lemak susu yang lebih rendah, maka ia akan terapung pada permukaan setelah diproses menggunakan mesin sentrifugal.
Jenis susu UHT ini biasanya dijumpai dalam bentuk susu kotak. Terma UHT merujuk kepada proses yang digunakan untuk hasilkan susu ini iaitu Ultra High Temperature. Berbanding susu segar, susu UHT melalui prises pemanasan suhu yang lebih tinggi bagi tujuan pensterilan.
Dengan ini, jangka hayat susu UHT dapat bertahan lebih lama iaitu 5 hingga 10 bulan tanpa disimpan di tempat sejuk kecuali selepas ia dibuka.
Ada juga susu UHT yang dihasilkan melalui proses campuran semula (UHT recombined milk). Ini bermaksud susu tersebut akan dikeringkan dan diasingkan kepada serbuk lemak dan pepejal susu sebelum digabungkan semula di kilang dan dirawat.
Susu berperisa pula ialah susu yang dicampurkan dengan bahan tambahan seperti gula, pewarna, perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan.
Ada macam-macam perisa susu yang boleh dijumpai di pasaran seperti strawberi, coklat, kurma, vanilla dan sebagainya.
Memang tak dinafikan sedap, tapi anda juga perlu berhati-hati dengan kandungan gulanya yang agak tinggi!
Susu sejat dihasilkan daripada susu asli penuh krim yang dipanaskan. Kandungan airnya akan tersejat, maka terhasillah susu yang lebih padat. Gula juga tidak dicampurkan kepada susu ini.
Berbanding susu sejat, susu pekat manis dihasilkan dengan menambah gula pada susu asli. Kemudian, ia akan dipanaskan sehingga terhasilnya sebatian yang pekat dan terkaramel. Susu inilah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Jenis susu ini pula terhasil daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam atau beras. Santan pun tergolong dalam kategori susu ini. Susu bukan tenusu ini biasanya menjadi pilihan bagi mereka yang alahan kepada susu, lactosee intolerant atau vegetarian.
Boleh didapati dalam bentuk cecair atau serbuk, krimer diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula atau pemanis, emulsifier dan penstabil. Ada juga yang dicampur dengan pepejal dan lemak susu.
Susu yang tinggi khasiat seperti susu segar dan susu penuh krim sememangnya baik untuk diamalkan bagi seisi keluarga.
Namun, jangan biasakan diri untuk ambil susu yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti krimer dan susu pekat!
Ada masanya, ramai yang tak sedar kehadiran gula tersembunyi dalam susu seperti sukrosa, pepejal sirap glukosa, maltodekstrin, pepejal sirap jagung, sukrosa, dekstrosa, dan macam-macam lagi nama saintifiknya yang mungkin boleh mengelirukan anda.
Sebab itulah penting untuk semak label sebelum beli. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda beli susu yang terbaik untuk keluarga.