Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Kerepek Segera Atau Beli Oksigen Cah Eun Woo?

Beli Kerepek Segera Atau Beli Oksigen Cah Eun Woo?

Kategori: ,
kerepek segera

Jika anda seorang penggemar kerepek segera, tidak kisahlah daripada jenama apa, pasti ada terdetik di hati kenapa isi kerepek adalah separuh dari isi saiz bungkusan plastik.

Kadang-kala, orang ramai berasa kecewa kerana jumlah yang dibayar untuk dapatkan kerepek itu rasanya tidak sama dengan jumlah kerepek yang dibeli. Hal ini sudah menjadi persoalan lazim dalam kalangan pembeli.

Beli Kerepek Segera Atau Beli Oksigen Cah Eun Woo?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ketengahketepi menciap satu hantaran mengenai kerepek segera Mister Potato yang didutakan oleh Cha Eun Woo. Dia sedih dengan isi kerepek yang dibeli olehnya kerana jumlahnya yang sedikit.

Menerusi hantaran itu, dia berkata, “Husnudzon maybe dia pakai oxygen Cha Eun Woo”, dengan nada jenaka dan berkongsi gambar isi kerepek kepada pengguna lain di Twitter.

Menjengah ke ruangan komen kepada hantaran tersebut, sesetengah pengguna Twitter lain menyambung jenaka berkenaan dengan bermacam-macam reaksi.

Misalnya, @afifahmiyata menciap, “mungkin Eun Woo dan makan ciked. Kita husnudzon jela ye”.

Selain itu, @meeraamhzn mengajak pengguna lain untuk beli kerepek segera Mister Potato berkenaan kerana ada saki baki nafas Eun Woo.

“Mungkin Eun Woo Dah Makan Sikit Kita Husnudzon Je Lah Ya”

kerepek segera

Dalam perkembangan sama, sesetengah pengguna bertentangan pendapat dengan hantaran berkenaan serta membalas komen yang disertakan fakta mengenai sebab plastik kerepek Mister Potato yang hanya lebih isi udara daripada isi kerepek.

Menurut @Solehanc, sebab bungkusan plastik kerepek segera biasanya diisi separuh dengan nitrogen adalah supaya kandungannya tidak pecah dan hancur semasa proses pengendalian dan penghantaran.

Hujah ini juga disokong oleh beberapa pengguna lain.

Isi udara nitrogen buat kerepek segera tidak hancur

kerepek segera

 

Jadi, pengudaraan di dalam plastik itu membantu dalam memberi ruang kepada kerepek segera berkenaan supaya tidak hancur disebabkan ia mempunyai ruang untuk bergerak dan bergoncang.

Kesimpulannya, dengan mengikut fakta sains, kita diberi penjelasan yang jelas kenapa bungkusan plastik sesetengah kerepek segera diisi dengan udara nitrogen. Tetapi, jika anda masih berasa tidak puas hati, boleh lah beli kerepek segera yang menggunakan bekas silinder sebagai bungkusan.

Ayuh! Jom kita jadi pengguna yang bijak!

Sumber: @ketengahketepi

Baca juga: Minum Kopi 4 Kali Sehari, Ini Salah Satu Punca Gadis Dimasukkan Ke Hospital

 

 

 

 

tags: | |