Tinggal atau sedang bercuti di Perak dan masih tercari-cari untuk makan di kedai makan yang mana. Mungkin anda boleh singgah menjamu selera nasi ayam yang sedap dan menggiurkan di kedai-kedai dibawah ini. Gerenti anda yang singgah menikmati nasi ayam di sini tidak akan kecewa.
Pilih sahaja kedai mana yang anda tergoda dan berdekatan dengan anda. Bila-bila masa pun boleh sebab nasi ayam ini memang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja!
Berada di Ipoh? Singgahlah di Restoran Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat ini. Dekat tempat lain memang tak akan dapat atau jumpa nasi ayam yang sebegini rupa. Kesedapannya bukan sahaja terletak pada ayamnya malah nasi dan sosnya juga sedap. Memang cukup lengkap, terbaik sangat!
[foogallery id=”40151″]
[foogallery id=”40162″]
Terletak di Seri Manjung, kedai Nasi Ayam Rompin ini patut anda kunjungi untuk menikmati nasi ayam yang rasanya umpama makan di hotel 5 bintang. Memang tidak rugi jikalau mencuba nasi ayam di sini. Jadi sekiranya anda ke sana, kunjungi dan rasailah sendiri hidangan nasi ayam yang super sedap di sini.
[foogallery id=”39440″]
[foogallery id=”39445″]
Restoran ini merupakan salah satu kedai terbaik di kawasan Simpang. Jika waktu tengahari pasti kedai ini penuh dengan pengunjung yang ingin makan nasi ayam. Bukan sahaja nasi ayamnya yang sedap dan menyelerakan malah ada juga menu lain yang mana memang sedap. Rata-rata pengunjung yang pernah makan di sini pasti akan datang lagi dikemudian hari.
[foogallery id=”6788″]
[foogallery id=”6796″]
Jika disebut nasi ayam stadium pasti ramai yang tahu kesedapannya. Dia punya sup dan sos memang power sangat. Boleh kalah restoran mahal yang lain tau. Kalau kita masak pun tak sedap macam ni. Selain nasi ayamnya yang sedap, ada juga roti titab yang tidak akan mengecewakan anda jika singgah menjamu selera di sini. Selamat mencuba ye!
[foogallery id=”6950″]
[foogallery id=”6956″]
Nak makan nasi ayam lain dari yang lain? Tak banyak kedai yang menyediakan cili hijau macam di Kedai Nasi Ayam Cili Hijau Ipoh ini tau. Memang padu sangat dimakan bersama-sama dengan nasi ayam dan ayam yang diperap lalu digoreng sehingga masak. Ayam tersebut crunchy diluar dan sangat juicy di dalam. Cubalah sekarang ya jika anda berada di Ipoh!
[foogallery id=”40189″]
[foogallery id=”40192″]
Jika pada waktu ini anda berada di sekitar Kamunting, singgah sahaja di Nasi Ayam KTM Original Recipe ini. Mereka menyediakan nasi ayam yang terbaik buat anda, ayamnya yang sangat garing dan juicy ditambah pula dengan rasa sup yang sedap. Memang membangkitkan selera sungguh!
[foogallery id=”40200″]
[foogallery id=”40201″]
Nasi ayam memang makanan sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Baik pada waktu sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Jadi anda mungkin boleh mencuba nasi ayam di Nasi Ayam Kasturi ini. Penyediaan nasi ayam yang cukup kaw bersama dengan sup yang lazat pasti menggandakan lagi keenakannya.
[foogallery id=”6971″]
[foogallery id=”6975″]
Kedai Nasi Ayam Klasik ini juga merupakan kedai yang wajib anda kunjungi. Nasi Ayam di sini merupakan menu yang laku keras. Rasanya memang asli, isi ayam yang lembut dan secukup rasa membuatkan ramai pelanggan menggemarinya. Begitu juga dengan nasinya yang lembut apabila di makan dengan sup dan sambal kicap pasti berganda sedapnya!
[foogallery id=”40213″]
[foogallery id=”40222″]
Nasi Ayam Railway Batu Gajah merupakan kedai yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar dan juga orang luar sama ada untuk bersarapan, makan tengahari atau minum petang. Kepelbagaian menu yang disediakan menjadikan ia tumpuan utama orang ramai. Bukan sahaja nasi ayam, malah terdapat lagi menu lain yang sedap seperti nasi kerabu, nasi daging bakar dan sebagainya.
[foogallery id=”40232″]
[foogallery id=”40233″]
Restoran Nasi Ayam Pak Man Ana merupakan kedai nasi ayam yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Slim River dan juga orang luar. Apa yang istimewanya di sini adalah nasi dan ayamnya yang sangat juicy. Malah dalam masa yang sama ada juga menu lain seperti ayam penyet yang mana memang sangat menggiurkan. Sekiranya anda sekarang ini berada di Shah Alam, jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di sini.
[foogallery id=”7039″]
[foogallery id=”7041″]
Rata-rata pelanggan yang pernah datang merasa nasi ayam di restoran Nasi Ayam Pak Kong ini pasti akan datang lagi. Sebab memang sedap, tambahan pula harganya juga berpatutan. Mungkin anda boleh jadikan kedai ini untuk anda makan bersama keluarga tersayang atau sahabat.
[foogallery id=”6833″]
[foogallery id=”6929″]
Nasi di Al-Alha Nasi Ayam Hainan ini memang sangat menyelerakan. Rasa ayamnya yang cukup juicy pasti membuatkan kita teringat-ingat akan keenakan nasi ayam di sini. Kerana keenakan nasi ayam ini, memang ramai yang mengumpamakan kedai ini adalah kedai makan terbaik di sekitar Teluk Intan.
[foogallery id=”6936″]
[foogallery id=”6937″]
Anda berada di sekitar Manjung? Sekiranya ya bolehlah singgah mengisi perut yang sedang kelaparan itu di kedai Nasi Ayam Rompin ini. Nasi ayamnya yang cukup menyelerakan memang sangat berbaloi untuk anda singgah. Malah harganya juga berpatutan. Pasti tak menyesal punya kalau singgah di sini!
[foogallery id=”40261″]
[foogallery id=”40263″]
Tanjong Malim memang terkenal dengan lambakan kedai makan yang sedap dan menyelerakan. Salah satu daripadanya adalah nasi ayam di Kedai Nasi Ayam Farhani ini. Apa yang menariknya di kedai yang mempunyai kepelbagaian menu ini adalah makanan yang disediakan bikin teringat tau. Sekali rasa pasti nak datang lagi lepastu.
[foogallery id=”40277″]
[foogallery id=”40279″]
Nak pergi makan tempat sedap tapi kadangkala untuk meletakkan kenderaan terlalu susah. Sikit sangat tempat parking menyebabkan pelanggar sukar untuk park kereta mereka. Namun jika anda ke warung nasi ayam di Kuala Kangsar ini memang sangat mudah parking, malah nasi ayam di sini juga tersangatlah sedap. Bukan sahaja nasinya yang lembut malah ayam berserta dengan sosnya juga tersangatlah sedap!
[foogallery id=”40286″]
[foogallery id=”40287″]