Seluruh Malaysia menjadi kelam-kabut apabila kekurangan bahan mentah seperti makanan dan minuman telah menjadi punca utama kepada peningkatan harga barangan.
Hal itu membuat ramai pengguna berasa tidak berpuas hati, terutama dan merasai impaknya. Bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, hal itu jelas membebankan mereka. Selain dari pengguna, pihak pengusaha restoran turut merasai tempiasnya. Perkara itu juga memaksa mereka menjual makanan dan minuman dengan harga yang lebih mahal berbanding selalu bagi menampung pelbagai kos dan mengelakkan kerugian besar.
Situasi terkini jelas memberi kesan pada semua tapi menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, sebanyak lebih dari 9,000 restoran mamak mengambil insiatif berbeza dan memaklumkan bahawa tiada kenaikkan harga makanan serta minuman akan dilakukan di restoran mereka.
Keputusan ini dilakukan sebagai usaha mereka bagi meringkan beban masyarakat dalam berbelanja di restoran mereka bagi menyeimbangkan aliran perbelanjaan mereka.
Tambahan pula, kenaikkan harga pada makanan dan minuman yang dijual hanya akan dilakukan sebagai pilihan terakhir sekiranya mereka tidak mampu menampung kos operasi perniagaan mereka.
Menurut PRESMA pula, isu kenaikkan harga barangan bukanlah masalah utama bagi mereka tapi kekurangan pekerja sama ada dalam dan luar negara telah mengehadkan operasi sehingga menjadi satu kesulitan untuk mereka beroperasi selama 24 jam seperti dahulu.
Tindakan dan inisiatif pengusaha restoran mamak bagi meringankan beban komuniti perlulah dipuji. Dengan cara ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat berjimat-cermat apabila makan di luar.
Semoga harga barangan kembali turun seperti dahulu supaya semua pihak tidak terus terbeban dengan masalah ini.
Kredit: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)