Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Takut Salmonella Ke?”- Netizen Risau Tabiat Wanita Ini Suka Bagi Suami Makan Ayam Goreng Setengah Masak

“Tak Takut Salmonella Ke?”- Netizen Risau Tabiat Wanita Ini Suka Bagi Suami Makan Ayam Goreng Setengah Masak

Kategori:

Sebagai isteri, kita pasti nak jamukan hidangan yang terbaik untuk suami. Kalau boleh, setiap masa kita nak berikan makanan kegemarannya.

Namun, satu perkongsian di TikTok mendapat reaksi berbaur dari netizen. Menerusi TikTok @norzuhairah_ dia berkongsikan tabiat suaminya yang selalu meminta hidangan ayam goreng kurang masak bersama nasi putih dan kicap.

Menerusi hantaran tersebut, wanita ini jelaskan yang suaminya akan meminta hidangan ringkas ini seminggu sekali.

Katanya, citarasa suaminya ini walaupun pelik seperti vampire, tapi ia sangat memudahkan urusannya di dapur. Hidangan simple macam ni pun suaminya boleh habiskan sepinggan!

 Ayam Goreng Setengah Masak

 Ayam Goreng Setengah Masak

 

Tak Lalu Dibuatnya Bila Ternampak Ayam Goreng Setengah Masak

Melihatkan suami wanita ini cukup berselera makan ayam goreng setengah masak, ramai netizen yang mual. Sesetengah netizen akui boleh terus tak jadi makan bila terjumpa darah pada ayam.

Macam mana suami akak ni boleh selamba makan tak masak macam tu?

 Ayam Goreng Setengah Masak

Sis, Daging Bolehlah Makan Tak Masak, Tapi Ayam.. No, No!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata citarasa suami wanita ini membuatkan ramai netizen risau. Kebanyakan warganet berpendapat tabiat makan ayam yang tak dimasak dengan betul boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti jangkitan kuman dalam darah, keracunan makanan serta jangkitan bakteria Salmonella.

Netizen yang berpengalaman bekerja dalam bidang penyediaan makanan (F&B) juga sempat menegur wanita itu supaya tidak mengambil ringan dalam bab ini.

 Ayam Goreng Setengah Masak

Kena Bawak Pergi Berubat Tu, Takut Benda Lain Minta Darah..

Di samping risaukan kesihatan si suami akibat tabiat suka makan ayam goreng setengah masak, sesetengah netizen juga berpendapat citarasa pelik ini mungkin disebabkan adanya ‘pendamping’. Kata netizen, takut-takut ada benda lain yang minta darah sebenarnya!

 Ayam Goreng Setengah Masak

Justeru itu, ramai yang menasihati wanita ini untuk hentikan beri suami ayam goreng mentah untuk kebaikan sendiri. Sesetengah warganet juga sempat memberi saranan kepada wanita itu supaya bawa suaminya berubat kerana dikhuatiri terkena gangguan.

Apa pendapat korang dengan habit makan macam ni? Korang pernah terjumpa tak kawan atau keluarga yang suka makan ayam kurang masak macam ni? Jom kongsikan bersama kami!

Kredit : TikTok @norzuhairah_

tags: |