Aktiviti merewang memang best. Penat memasak pun tak terasa bila kita saling tolong-menolong antara keluarga atau jiran terdekat. Namun, ada kalanya nak merewang ni pun makan masa berjam-jam sebab semuanya kena dibuat sendiri. Dari kupas bawang sampailah ke masak lauk.
Pada bulan Syawal ni, pasti ramai yang ambil peluang untuk merewang bersama keluarga. Mana taknya, biasanya kita asyik beli makanan bungkus di kedai, sekali sekala kalau merewang bersama keluarga best juga, kan? Lagipun sambil rewang, dapatlah kita eratkan silaturrahim sesama keluarga dan jiran.
Bagi yang dah biasa merewang dengan keluarga atau jiran, pasti ada kalanya dibuat sedikit selingan ketika berehat. Walaupun nampak remeh, tapi ini penting untuk kekalkan semangat ahli-ahli rewang. Barulah syok lepak ramai-ramai sambil masak.
Tapi bila nak masuk acara selingan tu, kenalah hati-hati,ya! Kalau tak lain pula jadinya. Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, sekumpulan abang-abang ni baru berhajat nak rakam video untuk dimuatnaik di laman media sosial tersebut.
Nak follow trend Tiktok punya pasal. Tapi bila dah dekat dengan kuali, macam-macam benda boleh jadi kalau tak berwaspada.
Mulanya elok saja, semuanya nampak teruja untuk ikut serta dalam video. Semuanya da standby pegang handphone masing-masing.
Tapi bila part nak pasang lampu tu, tiba-tiba phone abang paling depan sekali tu melayang masuk dalam kawah rendang! Apalah nasib!
Kesiannya dekat abang tu! Netizen yang tampil di ruangan komen pun turut risaukan nasib phone abang yang malang tu, macam manalah keadaan phone tu agaknya?
Mungkin terlampau excited abang tu agaknya nak join buat video TikTok sampai terlepas phone dekat tangan!
Apapun buat korang yang nak merewang untuk open house ke kenduri ke, jangan lupa jaga baik-baik phone tu, jangan beriya sangat! Nanti tak pasal-pasal tetamu makan rendang phone.
Apa pengalaman paling lucu korang masa merewang? Pernah ke terjadi kes macam ni time korang masak-masak dengan family? Jom kongsikan dengan kami!
Kredit : TikTok @alikato409