Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Karipap Mini Rangup! Sesuai Dimakan Setiap Masa Di Mana Jua!

Resepi Karipap Mini Rangup! Sesuai Dimakan Setiap Masa Di Mana Jua!

Kategori:
karipap mini

Sesetengah orang mesti lebih menyukai karipap mini daripada karipap biasa kerana teksturnya yang kecil dan rasanya yang lebih rangup. Selain itu, ia juga senang dibawa dan dimakan di mana-mana kerana biasanya karipap mini senang diisi di dalam bekas.

Biasanya, orang akan membeli karipap mini ini ketika Hari Raya untuk dijadikan kudapan kepada tetamu yang datang ke rumah.

Jadi di sini, kami kongsikan cara buat karipap mini yang rangup supaya anda tidak perlu susah-susah untuk membelinya lagi.

Resepi Karipap Mini Rangup! Sesuai Dimakan Setiap Masa Di Mana Jua!

Bahan-bahan

  • 1 kilogram tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Air secukupnya
  • Inti serunding ikan/daging

Cara penyediaan

  • Panaskan minyak masak sehingga panas.
  • Campur tepung gandum dengan marjerin dalam loyang (Guna loyang yang tahan minyak panas).
  • Masukkan minyak yang dipanas tadi ke dalam adunan tepung gandum+marjerin dan gaul sebati.
  • Apabila adunan tadi sebati dan sedikit sejuk, uli adunan guna tangan dan ramasnya hingga sebati kembali.
  • Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli adunan sehingga lembut (uli sehingga adunan tidak melekat di tangan).
  • Apabila doh sudah siap, canai doh untuk nipiskan ia.
  • Akhir sekali, letak dalam acuan dan isikan serunding lalu kacip.
  • Kacip banyak-banyak dan goreng.

karipap mini karipap mini

Lepas siap, bolehlah anda isi karipap yang rangup dan sedap ini dalam bekas-bekas kosong dan boleh makan sambil buat kerja. Mudah, bukan?

Selamat mencuba dan menikmati!

Kredit: Ulfa Auliya

Baca juga: Cara Buat Spaghetti Aglio Olio With Cheese, Puas Bila Dimakan. Sedapnya Tak Terkata!

tags: | |