Nasi ayam penyet merupakan hidangan terkenal ayam goreng yang berasal dari Indonesia, terutamanya Jawa. Ia sering disajikan bersama nasi putih, ayam goreng atau bakar yang telah digiling, sepiring sambal, sedikit sayur-sayuran, tauhu goreng dan tempe.
Oleh kerana sangat dikenali dan digemari ramai, perniagaan nasi ayam penyet sangat laku keras dan sudah tentu setiap negeri mempunyai beberapa kedai yang menjual nasi ayam penyet.
Memandangkan saingan begitu sengit, setiap peniaga perlu memastikan hidangan yang dijual dari kedai mereka adalah sedap dan berbaloi dengan harga yang dibeli. Ini supaya pelanggan akan berasa berpuas hati. Jika hidangan itu tidak berkualiti, sudah tentu pelanggan setia juga akan rasa kecewa.
Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi rasa kecewa dengan sebuah restoran ayam penyet yang menjual hidangan yang kurang memuaskan.
Merupakan seorang pelanggan yang setia, dia tidak kisah dengan kenaikan harga yang telah dikenakan oleh pihak peniaga namun apa yang sebenarnya mengecewakannya adalah kualiti nasi ayam penyet yang semakin merosot dari sebelumnya.
Menurutnya, restoran itu menggunakan perkhidmatan self-service di mana pelanggan sendiri yang akan mehidangkan makanan masing-masing. Dulu pula ada lagi sambal dan kicap tambahan yang disediakan di atas meja untuk pelanggan menambah ikut selera masing-masing tapi kini lain pula.
Perkara itu membuatnya berasa sangat kecewa di mana dia berasa bahawa kualiti makanan dan perkhidmatan didapati semakin teruk dari dahulu.
https://www.tiktok.com/@tellamakan/video/7095749556209470747?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@tellamakan I can accept harga naik tapi i cannot accept quality yang berkurang tbh. Dah la self service, dulu atas meja ada sambal ada kicap etc boleh tambah2 ikut selera. Hmmm so dislikedislikedislike! #foodtiktok #makanlokal #klfoodie #ayampenyetkl #foodreviewkl #wongsolo #wongsolocheras #wongsoloshahalam ♬ original sound – Tella Makan Makan
Menjengah di ruangan komen pula, pelanggan lain yang turut pernah ke restoran tersebut turut meluahkan rasa kecewa dengan kualiti makanan yang didapati semakin menurun.
Tambahan pula, mereka tidak kisah jika perlu membayar harga yang sedikit mahal dari sebelumnya jika kualiti hidangan itu masih lagi sedap atau lebih baik. Tapi jika ini jadinya, mereka rasa sangat kecewa sehingga ada yang membuat keputusan untuk tidak mengunjungi restoran itu lagi memandangkan ada banyak lagi di luar sana yang lebih sedap dan berbaloi.
Sebagai seorang pelanggan, sudah tentu kita ingin berasa berpuas hati dengan makanan yang dibeli. Ini kerana kita telah membayar harga yang mahal untuk mendapatkannya.
Namun jika peniaga masih lagi berdegil dan tidak cuba menambahbaikkan kekurangan, sudah tentu pelanggan akan hilang selera dan tidak menyokong lagi perniagaan tersebut.
Kredit: tellamakan