Baru-baru ini jasa guru-guru seluruh Malaysia dihargai melalui sambutan Hari Guru pada 16 Mei lepas. Rata-rata ramai murid yang bersemangat memberikan hadiah buat guru mereka.
Tak kisahlah sekecil mana pun hadiah yang diberikan, namun ia pasti memberi makna yang cukup besar buat guru.
Dalam kemeriahan menyambut Hari Guru, rupanya ada juga guru yang tersisih dan tidak dapat apa-apa pada hari yang diraikan. Pastinya kita akan berasa kesian dengan guru itu, lebih-lebih lagi jika guru itu adalah ibu kita sendiri.
Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, anak kepada seorang guru berasa sebak apabila mengambil ibunya pulang dari sekolah pada Hari Guru. Katanya, pada setiap tahun, ibunya pasti tak dapat sebarang hadiah daripada murid.
Dalam video tersebut, didapati si ibu telah membawa pulang beberapa bungkus makanan. Menurut si anak, ibunya akan melakukan perkara yang sama pada sambutan Hari Guru setiap tahun.
“Mak cakap kalau tak dapat hadiah dari murid tak apalah, janji dapat bawa makanan lebih-lebih dari sekolah.”
Lebih menyedihkan, si anak juga beritahu yang ibunya hanya mampu lihat cikgu-cikgu lain dapat banyak hadiah daripada murid-murid.
Si ibu juga berkata dia memang jarang dapat hadiah daripada murid, mungkin kerana dia hanya bekerja sebagai guru pemulihan. Jadi, tak ramai murid-murid yang ingat padanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai netizen yang turut sebak dan sempat berikan kata-kata semangat buat guru ini.
https://www.tiktok.com/@hatelove_97/video/7098334411719970075?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fmak-guru-pemulihan-orang-tak-ingat-video-anak-sebak-ibu-bawa-bungkus-makanan-je-lepas-sambut-hari-guru%2F&referer_video_id=7098334411719970075
Sesetengah netizen berpendapat nasib cikgu pemulihan memang begitu, sering dilupakan berbanding cikgu-cikgu lain. Sedangkan jasa mereka juga sama besar kerana dapat membantu anak murid pandai membaca dan menulis.
Hantaran video ini juga membuatkan beberapa netizen tergerak hati untuk belikan hadiah lebih buat guru-guru pemulihan di sekolah anak masing-masing. Kata netizen, mereka juga tidak sedar akan nasib guru pemulihan yang sering disisihkan.
Walaubagaimana pun, si pemilik video jelaskan yang ibunya memang tak harapkan pun hadiah daripada murid. Ibunya pun tak sedih langsung. Cuma dah terlanjur anaknya bertanya sama ada ibu dapat hadiah atau tak, itu yang buatkan anak jadi sebak.
Dalam pada itu, si pemilik video juga sempat ucapkan ribuan terima kasih kepada netizen atas ucapan dan dia untuk ibunya.
Sama ada dapat hadiah atau tidak, jasa guru terlalu besar untuk dibalas dengan hadiah. Hanya Allah saja yang dapat berikan ganjaran yang setimpal atas jasa dan pengorbanan guru-guru yang mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berguna.
Sumber : TikTok @hatelove_97