Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Bakar Ala Sate, Rasanya Dua Dalam Satu!

Resepi Ayam Bakar Ala Sate, Rasanya Dua Dalam Satu!

Kategori: ,
ayam bakar

Ayam bakar merupakan sajian yang menjadi pembuka selera kerana rasanya yang sedap dan cukup rasa. Ia biasanya diperap terlebih dahulu untuk rasa rempahnya yang menyeluruh.

Makanan ini disajikan dengan pelbagai sambal dan sedap dinikmati dengan nasi putih panas. Cara penyediaan ayam boleh dilakukan dengan cara yang berbeza. Ada yang membuatnya sebagai ayam bermadu, berempah ataupun ayam golek.

Tapi, di resepi kali ini, kami ingin menyajikan anda semua dengan ayam bakar ala sate! Rasanya dua dalam satu.

Resepi Ayam Bakar Ala Sate Sedap Dan Rasa Berlemak!

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam yang dipotong-potong
  • 15 biji bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 2 cm halia
  • 10-15 tangkai cili kering (ikut kepedasan sendiri)
  • 10 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan teh gula pasir
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 5 sudu besar madu

Cara penyediaan

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu.
  2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
  3. Tuang madu dan sebatikan lagi.
  4. Perap dahulu sebelum dibakar (perap 24 jam untuk dapatkan rasa ayam bakar ala sate yang lebih best).
  5. Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius (guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik dan garing).
  6. Sedia untuk dihidang.

ayam bakar ayam bakar

ayam bakar

Sudah siap ayam bakar ala sate ni, jadi anda boleh seolah-olah makan dua makanan dalam satu masa. Rasanya yang sedap dan juicy ni patut semua orang cuba okay!

Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Resepi Menu Diet & Sihat

Baca juga: Resepi Kek Nanas Yang Gebu Dan Cantik, Lain Daripada Yang Lain!

tags: | |