Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Suka Streetfood Korea? Ini 5 Makanan Best di Emart24 Yang Anda Wajib Cuba

Suka Streetfood Korea? Ini 5 Makanan Best di Emart24 Yang Anda Wajib Cuba

Kategori: ,

Gelombang K-Pop yang melanda seluruh dunia memang sukar nak dielakkan. Tau-tau kita pun boleh terjebak. Sampaikan sekarang ni banyak mart Korea mula muncul di Malaysia.

Selain CU Mart yang menjadi kegilaan ramai, kini Emart24 pun mula mendapat perhatian penggemar citarasa makanan dari Korea Selatan.

Mana taknya, macam-macam makanan dari gimbap, sandwich, aneka kopi, dan pelbagai streetfood tersedia untuk anda nikmati.

Emart24

Emart24 Tu Kedai Apa?

Bagi yang belum tahu, Emart24 ialah cawangan kedai serbaneka yang popular di Korea Selatan. Sebenarnya nombor 24 tu pun ada maksud yang tersirat dalam Bahasa Korea!

Disebut sebaga ‘e-sa’ yang bermaksud kejiranan, Emart24 bermatlamat untuk jadi tempat lepak wajib untuk semua tak mengira masa.

Selain makanan, ada macam-macam makanan ringan dan produk yang diimport khas dari Korea seperti skincare dan sebagainya.

Emart24 Emart24

Emart24 Halal Tak?

Menurut sumber, convenience store ni  hanya menggunakan sumber dari pengeluar yang disahkan halal untuk penyediaan makanan yang boleh didapati di kaunter.

5 Makanan Best di Emart24 Yang Anda Wajib Cuba

5. Snow Bingsu

  •  Ddalgi (strawberi)
  • Injeolmi (Perisa Rice Cake berkacang)
  •  Milo Dinosaur
  • Banana pudding
  • Mangga

Emart24

4. Soft Serve

Emart24

3. Makanan Siap Dinikmati

Bagi yang tak sempat nak duduk lepak dan makan di sini, anda juga boleh sambar makanan yang siap dipek seperti :

Gimbap

  •  Chicken Loaf & Cheese Gimbap
  • Crabstick Gimbap
  • Kimchi Fried Rice Premium Gimbap
  • Bulgogi Beef Premium Gimbap
  •  K-Spice Tuna Premium Gimbap
  • Soy Garlic Chicken Premium Furikake Gimbap
  • Sweet Chilli Beef Premium Gimbap

Kredit : Twt@cyberjaya

Samgak Gimbap (Triangle Gimbap)

  •  Tuna Kimchi Fried Rice Samgak Gimbap
  • Grilled Eel Samgak Gimbap
  • Bulgogi Chicken Samgak Gimbap
Emart24

Kredit : klfoodie

Sandwich

  • Pau
  • BBQ Chicken Pau
  •  Matcha Red Bean Pau
  •  Bulgogi Chicken Pau
  •  K-Spice Sausage Pau
Emart24

Kredit : klfoodie

Kek Dalam Cawan (Cakes-In-Cup)

  • Matcha Floret Cake-In Cup
  • Half-Baked Cheese Cake-In Cup
  • Goguma Swirl Cake-In Cup

Kredit : emart24

2. Aneka Kopi & Air

Rugi kalau tak cuba macam-macam air dan kopi yang best dekat kedai ni! Antara menu kopi dan air yang wajib dinikmati adalah :

  • Hot & Iced Americano
  • Hot & Iced Latte
  • Forest Fruit Tea
  • Mocha
  • Iced Tea

Emart24

1. Aneka Streetfood

Tipulah kalau tak terliur bila tengok pelakon makan macam-macam streetfood Korea. Di Emart24, korang pun boleh dapatkannya.

Dibuat segar setiap hari, antara makanan steetfood Korea yang patut anda cuba di sini adalah :

Cupbap (Nasi yang dihidangkan bersama pelbagai jenis topping)

  • Bulgogi Chicken Cupbap
  • Bulgogi Beef Cupbap
  • Grilled Salmon Cupbap
  • Tuna Mayo Cupbap

Cupbdak (nasi yang dihidangkan dengan ayam)

  • K-Spice Cupdak
  • Soy Garlic Cupdak
  • Eomuk (fish cake)
  • Cheesy Eomuk
  • Seaweed Eomuk
  • Sausage Stacked Eomuk

Cheesy Tteokbokki

Kredit : @Twt_cyberjaya

Lokasi Emart24

Bestnya makanan dan air yang best! Sumpah terliur tengok. Memang rugi kalau tak cuba macam-macam dekat sini. Setakat ni, cawangannya hanya terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor saja.

Kalau nak tengok lokasi serta waktu operasinya, boleh pergi ke pautan di bawah :

Lokasi Cawangan Emart24 Terkini

Bagi yang tak berkesempatan untuk ke cawangannya, anda juga boleh buat pesanan makanan melalui Foodpanda!

Emart24

Harga makanan yang ditawarkan di sini pun cukup berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke Emart24 berdekatan anda sekarang!

Jom ikuti laman media sosial rasmi Emart24 untuk dapatkan promosi terkini!

Facebook I Instagram

tags: |