Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Membimbangkan! Satu Fakta Krisis Kelaparan Yang Masyarakat Dunia Perlu Tahu

Membimbangkan! Satu Fakta Krisis Kelaparan Yang Masyarakat Dunia Perlu Tahu

Kategori:
krisis kelaparan

Sekarang, siapa sahaja yang tak risau mengenai krisis kelaparan dan makanan yang semakin teruk sehingga ekonomi negara kita merosot? Dengan isu tepung gandum dan bekalan ayam terhad yang semakin membimbangkan, hal ini amatlah memberi kesan kepada masyarakat.

Dalam perkembangan baharu, satu fakta tentang krisis makanan yang perlu anda tahu adalah dunia sekarang akan berdepan dengan krisis kelaparan yang tidak pernah terjadi sebelum ini akibat gangguan bekalan makanan. Menakutkan, bukan?

Membimbangkan! Satu Fakta Krisis Kelaparan Yang Masyarakat Dunia Perlu Tahu

krisis kelaparan

Menurut Bernama, Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAQ), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dengan hal ini.

Sedarkah anda? Seramai 811 juta orang kekurangan zat makanan dan 276 juta hidup dalam kedaifan. Ini diakui oleh Ulusoy dalam ucapannya pada persidangan antarabangsa yang melibatkan kumpulan itu di Istanbul, lapor Agendsi Anadolu.

“Setiap biji gandum berharga, kita mesti mengambil langkah mengurangkan kelaparan dengan mengelakkan pembaziran serta mencegah kerugian. Pengilang mesti berusaha untuk melindungi setiap gram bahan mentah,” jelasnya dalam acara empat hari bermula Khamis lepas.

Acara itu juga menumpukan kepada beberapa topik, termasuk pengeluaran bijiran peringkat global, isu perdagangan daan operasi pengilang.

Lebih membimbangkan, jelasnya lagi, sekiranya gangguan rantaian bekalan disebabkan krisis di Ukraine gagal diselesaikan, 47 juta lagi orang akan berdepan ancaman kemiskinan.

Ini kerana, Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia telah menggantung eksport akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu.

Jika Perang Ukraine-Rusia Terus Berlaku, 47 juta lagi Orang Akan Berdepan Kemiskinan

krisis kelaparan

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, stok gandum dunia akan menurun sebanyak 12 juta tan metrik. Ukraine menaikkan stok gandumnya daripada 1 juta kepada 6 juta tan tahun ini serta menegaskan India bersedia memenuhi defisit gandum.

Tetapi, selepas peningkatan suhu yang tidak dijangka, negara itu telah menghentikan eskport gandummnya buat masa ini.

Stok Gandum Menurun Sebanyak 12 Juta Tan Metrik

krisis kelaparan

Jadi, dengan masalah perang, krisis makanan serta perubahan iklim di dalam dunia ini, ia memberi kesan yang besar kepada hidup kita sehari-hari. Semoga kepedulian masyarakat tentang isu kelaparan dan persoalan kemiskinan terus ditingkatkan dan dibincangkan dalam masyarakat agar masalah ini dapat dibanteras bersama.

Sumber: Bernama

Baca juga: “Aku Wakilkan Je Untuk Rakyat…”, Rakyat Terkesan Harga Ayam Naik, Apa Solusinya?

tags: | |