Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Viral Netizen » Pesan, Bayar Dan Hantar Ke Rumah, Ini 10 Online Mart Yang Anda Boleh Cuba Untuk Dapatkan Barang Keperluan

Pesan, Bayar Dan Hantar Ke Rumah, Ini 10 Online Mart Yang Anda Boleh Cuba Untuk Dapatkan Barang Keperluan

Kategori: ,

Buat yang sibuk bekerja atau tak ada masa untuk ke pasar raya untuk dapatkan barangan basah dan keperluan lain, ia bukanlah masalah lagi pada zaman moden ni.

Kini, ada pelbagai laman web dan aplikasi online yang anda boleh gunakan untuk pesan barangan dan hantarkan terus ke rumah. Jom kita tengok 10 online mart yang anda boleh cuba secara atas talian.

10 Online Mart Best Yang Anda Boleh Pesan Barangan Basah Dan Macam-Macam Keperluan Lain

1. PandaMart

online mart

Siapa tak kenal dengan aplikasi Foodpanda? Tak hanya tawarkan perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda juga terkenal sebagai aplikasi yang tawarkan perkhidmatan bahan runcit menerusi Pandamart.

Boleh diakses melalui laman web atau aplikasi Foodpanda, anda boleh dapatkan barangan keperluan diri seperti toiletries, ubat-ubatan, alat tulis dan barangan bayi di hujung jari dengan cukup mudah.

Lokasi Penghantaran : Seluruh Semenanjung Malaysia

Laman Web : Foodpanda Groceries

2. Grabmart

online mart

Selain menghantar makanan kegemaran anda terus ke rumah, Grabmart sentiasa bersedia untuk dapatkan barangan keperluan anda di kedai terpilih yang berdekatan.

Walaupun pilihan kedai yang ditawarkan adalah terhad, namun Grabmart juga tawarkan pilihan kedai dari julat harga yang rendah hinggalah ke pasar raya mewah.

Untuk mula buat pesanan, klik aplikasi Grab dan pilih GrabMart.

Lokasi Penghantaran : Seluruh Malaysia

Laman Web : Grabmart

3. Pasar Raya Lotus’s

online mart

Sebelum adanya Grabmart dan Pandamart, Lotus’s (dahulunya Tesco) adalah pasar raya pertama di Malaysia yang tawarkan khidmat penghantaran produknya terus ke rumah.

Mungkin anda tak pernah cuba perkhidmatan yang ditawarkan Lotus’s ni tapi sebenarnya ramai yang sudah gunakannya.

Disebabkan terdapat banyak cawangan Lotus’s di seluruh Malaysia, jadi makin luaslah lingkungan kawasan penghantaran yang pasar raya ini boleh capai.

Selain itu, ramai yang suka gunakan khidmat pesanan barang dari Lotus’s kerana tawaran harga yang cukup berpatutan. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan, lagi banyak diskaun yang ditawarkan kepada pelanggan.

Bukan saja barang dapur, malah ramai yang suka pesan barang dari Lotus’s secara online kerana pelanggan boleh dapatkan macam-macam barangan lain seperti kelengkapan rumah, toiletries dan keperluan asas lain. Namun, barangan yang ditawarkan oleh Lotus’s hanyalah barangan yang dijual khas di pasar raya itu sahaja.

Tak perlu susah-suah, order saja melalui website atau aplikasi Lotus’s menerusi Apple Store, Google Play atau Huawei App Gallery.

Lokasi Penghantaran : Hampir semua bandar di Semenanjung Malaysia

Laman Web : Lotus’s 

4. Happy Fresh

online mart

Berbanding Lotus’s yang menawarkan produk dari satu pasar raya saja, Happy Fresh pula menghubungkan anda dengan semua pasar raya berdekatan anda.

Antara pasar raya yang gunakan khidmat Happy Fresh adalah Lotus’s, Village Grocer, Aeon, Cold Storage dan macam-macam lagi.

Dari produk segar, produk tenusu hinggalah ke barangan keperluan harian, Happy Fresh pasti ada! Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang penghantaran dan cara order barangan di Happy Fresh, boleh ke pautan di bawah :

Happy Fresh FAQ

Lokasi Penghantaran : Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor

5. Jaya Grocer

online mart

Mungkin ramai tak tahu, tapi Jaya Grocer jugaada online mart untuk anda pesan barangan runcit secara atas talian. Namun, pasar raya ini mungkin tidak sesuai bagi yang ingin berbelanja dengan bajet yang rendah kerana harga barangan yang ditawarkan agak mahal.

Lokasi Penghantaran : Lembah Klang, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, Georgetown

Laman Web : https://jggp.jayagrocer.com/

6. Giant

online mart

Bagi yang suka berbelanja secara pukal dengan harga yang rendah, Giantlah tempatnya! Selain tawarkan perkhidmatan pesanan barang menerusi Happy Fresh, anda juga boleh dapatkan barangan dari Giant menerusi Shopee.

Lokasi Penghantaran : Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Johor,Negeri Seembilan, Selangor

Laman Web : Giant Online Delivery

7. Lalamove

online mart

Bukan saja tolong hantar barang-barang besar macam perabot dan sebagainya, malah Lalamove juga semakin popular bagi yang inginkan khidmat pembelian barangan seperti barangan runcit, keperluan asas dan ubat-ubatan secara online. Nak tapaukan makanan pun boleh!

Lokasi Penghantaran : Lembah Klang

Laman Web : Lalamove

8. Mydin

online mart

Mydin juga adalah satu lagi pasar raya yang tawarkan perkhidmatan pembelian barang secara online. Anda perlulah add to cart barangan yang ingin dibeli dengan pesanan minima RM 50, dan tunggu di rumah atau self pick-up di pasar raya Mydin berdekatan anda. Senang saja!

Lokasi Penghantaran : Seluruh negeri di Semenanjung Malaysia

Laman Web : Mydin Express

9. Bungkusit

online mart

Bukan saja dapat bantu anda untuk hantarkan makanan dan parcel, malah Bungkusit juga tawarkan khdimat pembelian barang secara online untuk dihantar terus ke rumah. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Bungkusit menerusi Google Play Store atau Apple Store untuk mulakan pesanan.

Lokasi Penghantaran : Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan

Laman Web : bungkusit.com.my

10. BIGBox Asia

online mart

BIGBox Asia juga merupakan satu lagi online mart yang tawarkan khidmat penghantaran barang buat yang tak sempat beli barangan basah dan keperluan lain di rumah.

Pergi saja ke laman web rasminya dan pilih aneka produk yang ditawarkan seperti barangan basah, barangan kebersihan peribadi, barangan kering, barangan sejuk beku dan sebagainya.

Hanya pesan dan bayar, BIGBox juga tawarkan penghantaran percuma buat pembelian melebihi RM 100.

Lokasi Penghantaran : Penghantaran seluruh negara untuk barangan kering. Barangan sejuk beku hanya tersedia di kawasan Lembah Klang saja.

Laman Web : bigboxasia.com.my

Bila dah ada banyak online mart yang tersedia secara online, maka tak ada alasan lagi untuk anda stokkan barang basah dan keperluan lain di rumah.

Tak perlulah anda hadap trafik dan angkut banyak barang susah-susah di pasar raya. Hanya pesan dan tunggu barangan anda sampai ke rumah. Jom cuba online mart ni! Senang je nak guna, macam-macam barang anda boleh beli.

tags: