7-Eleven yang anda kenali dahulu kini semakin meriah dan mula perkenalkan konsep café. Ini bermakna, ia bukan saja tawarkan snek, makanan segera dan slurpee, malah macam-macam ada.
Anda pernah ke 7 Café? Rugi kalau tak pergi dan cuba macam-macam makanan serta minuman menarik yang ada dekat sini. Jom kita tengok apa yang best di 7 Café!
Uji tahap kepedasan anda dengan Flaming Mac ‘N’ Cheese di sini. geram tengok keju cair dia!
Bagi yang pertama kali dengar tentang croffle, makanan apa ni sebenarnya? Kalau nak tahu, croffle sebenarnya adalah gabungan croissant dengan waffle.
Di 7 Café, anda boleh dapatkan 3 perisa istimewa iaitu Honey Mustard Sausage, Berry Unicorn Kitkat Delight.
Mantap betul fries yang ada dekat sini. bukan biasa-biasa, siap letak topping penuh-penuh! Mesti sedap! Anda boleh pilih 5 perisa fries di sini iaitu :
Mesti nikmat bila dapat makan soft serve di 7 Café! Anda boleh pilih perisa Thai Milk Tea atau Gula Melaka. Nak perisa campur pun boleh!
Sesuai untuk penggemar kopi yang suka nikmati aiskrim, cubalah Affogato yang ada dekat sini. Padankan espresso dengan soft serve perisa Gula Melaka atau Thai Milk Tea atau Mix Flavor. Confirm padu!
Tak terfikir pula nak nikmati Slurpee dengan aiskrim. Bagi yang berpeluang ke 7 Café, jangan cuba untuk dapatkan Slurpee Float dengan soft serve pilihan anda.
Semua pencuci mulut yang ada dekat sini nampak sedap! Antara pencuci mulut yang best di sini adalah Key Lime Tart, The-Ramisu Mousse Trifle, Basque Burnt Cheesecake dan Strawberry Mousse Trifle. Jangan terkejut, pulut mangga pun ada dijual di sini tau!
Pilihan roti, sandwic dan pau pun ada banyak dekat sini. Jangan lupa untuk cuba Cocktail Sausage Danish, Meatlfoad & Egg Sandwich, Green Curry Chicken Pau, Cinnamon Raisin Bagel dan Salted Egg Chicken Pizza.
Sumpah rambang mata dengan menu minuman dekat 7 Café ni. Bukan saja ada macam-macam menu kopi seperti Iced Latte, Hot Cappucino dan Americano, pilihan minuman lain pun cukup banyak!
Jangan lupa untuk rasa minuman best di sini seperti Butterfly Fantasy, Thai Milk Tea with Konjac Jelly dan Cream Sodalicious!
Bukan setakat roti dan snek, malah makanan berat macam Thai Basil Chicken with Rice, Seafood Tomyam with Rice dan Spaghetti pun ada tau! Memang rugi kalau tak cuba kalau ke sini.
Kalau dah bosan dengan snek yang ada di kedai berdekatan, singgahlah ke 7 Café. Anda pasti terkejut dengan pilihan snek dan minuman yang diimport khas buat pelanggan.
Dari coklat Tim Tam yang dari Asutralia sehinggalah coklat Freddo berbentuk katak dari England, 7 Cafe tawarkan macam-macam pilihan kudapan yang unik untuk penggemar snek. Minuman yang ada dekat sini pun banyak yang tak dijual di tempat lain!
Disebabkan terlalu banyak pilihan makanan yang best, mungkin susah untuk anda sebut nama menu yang agak panjang. Ini cara untuk anda dapatkan makanan di kaunter 7 Café dengan mudah :
2. Bawa kad tadi ke kaunter dan buat pembayaran.
3. Tunggu sehingga makanan anda siap.
4. Sedia untuk dinikmati.
Tak sangka pula ada banyak makanan dan minuman yang best dekat sini. Jom serbu cawangan 7 Café terdekat!
Jangan lupa untuk ikuti Facebook 7-Eleven Malaysia untuk ketahui promosi terkini!