Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nampak Pelik, Tapi Sedap? Jom Cuba Resepi Ayam Coca-Cola Yang Trending di TikTok!

Nampak Pelik, Tapi Sedap? Jom Cuba Resepi Ayam Coca-Cola Yang Trending di TikTok!

Kategori: ,

Di serata dunia, Coca-Cola sudah menjadi minuman berkarbonat yang digemari ramai tak kira usia. Ia juga sangat mudah didapati di mana-mana. Rasanya yang manis dan masam sememangnya menyegarkan tekak, lebih-lebih lagi jika diminum ketika cuaca panas.

Namun, tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsikan resepi ayam Coca-Cola! Kata pengguna TikTok @ctalyh, walaupun kedengaran macam pelik, tetapi rasa hidangan ini sedap! Sekali imbas, nampak macam ayam masak kicap. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan.

Ayam Coca-Cola

Resepi Ayam Coca-Cola

Bahan-Bahan :

  • 12 ketul ayam bahagian kepak
  • Daun bawang
  • 5 hiris halia
  • Minyak masak
  • 2 ulas bawang putih
  • Bunga lawang
  • 3 sudu kicap cair
  • 1 sudu kicap pekat
  • Satu tin air Coca-Cola
  • Cili hidup (dihiris)

Cara-Cara :

  • Rebuskan ayam dengan 2 hiris halia serta hirisan daun bawang sampai mendidih.
  • Toskan air, kemudian letakkan sedikit minyak masak untuk goreng ayam tadi sehingga perang keemasan.
  • Masukkan pula 2 ulas bawang putih, 3 hiris halia, bunga lawang, daun bawang, kicap cair dan kicap pekat. Gaulkan sampai sebati.
  • Sekarang, masukkan 1 tin air Coca-Cola dan biarkan hidangan mendidih selama 8 minit dan tutup penutup periuk.
  • Bila kuah jadi pekat, taburkan hirisan cili dan daun bawang sebagai hiasan mengikut citarasa masing-masing.
  • Siap untuk dihidang!

Ayam Coca-Cola

Tak sangka pula Coca-Cola boleh jadi bahan untuk masak lauk ayam! Nampak pelik tapi macam sedap je! Anda nak cuba tak?

Rupanya Ada Yang Pernah Makan!

Walaupun ramai yang pertama kali nampak Coca-Cola dijadikan ramuan dalam hidangan ayam, rupa-rupanya ramai netizen yang pernah mencubanya!

Menerusi ruangan komen, ada juga netizen yang mengatakan Coca-Cola adalah pengganti sesuai buat ramuan manus seperti madu atau gula perang.

Ayam Coca-Cola

Ayam Coca-Cola

Netizen yang berasal dari Sabah dan Sarawak juga akui yang hidangan pelik ini bukanlah perkara asing bagi mereka.

Ayam Coca-Cola Nak Guna Air Tin Lain Pun Boleh!

Kalau anda rasakan penggunaan Coca-Cola pun dah cukup pelik, rupanya ada juga yang gunakan air tin lain seperti Sprite untuk hidangan ni.

Selain itu, ada juga yang pernah gunakan Oren Soda untuk masak ayam masak lemon.  Kreatif betul masing-masing!

Memang tak dinafikan agak menarik resepi ni walaupun nampak pelik. Jom cuba! Tapi jangan buat selalu sangat, ya sebab air tin ni kandungan gulanya tinggi.

Sumber : TikTok @ctalyh

tags: |