Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ini Salah Cashier..”, Nasi Kandar Mahal RM 27 Sepinggan Kerana Silap Pihak Cashier

“Ini Salah Cashier..”, Nasi Kandar Mahal RM 27 Sepinggan Kerana Silap Pihak Cashier

Kategori:
Nasi Kandar mahal

Restoran Nasi Kandar atau secara popularnya orang panggil ‘Nasi Kandaq’ memang popular kerana kesedapannya yang digabungkan bersama campuran kuah kari yang pekat melikat. Kuahnya yang banjir bersama aoramanya yang wangi menambahkan lagi kelazatan ketika menikmatinya.

Nasi Kandar yang dahulunya hanya popular di negeri-negeri utara sudah melebar sayap ke negeri-negeri lain. Ia sudah dibuka di merata tempat, bukan sahaja di tepi-tepi jalan.

“Ini Salah Cashier..”, Nasi Kandar Mahal RM 27 Sepinggan Kerana Silap Pihak Cashier

 

Terbaharu, seorang pengguna media sosial menerusi laman sosial Facebook bernama Nurliani menjelaskan isu Nasi Kandar mahal RM27 sepinggan yang telah tular baru-baru ini. Wanita itu merupakan pelanggan sebuah Restoran Nasi Kandar di Lapangan Terbang Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas.

Dia menjelaskan mengenai kesilapan pihak cashier (juruwang) yang telah silap mengira harga sepinggan RM27 yang sebenarnya hanya berharga RM13.30. Melalui perkongsian gambar beserta resit, Nasi Kandar mahal berkenaan hanya berlaukkan seketul ayam goreng dan separuh telur masin.

“Kemaskini. Kerana tax (cukai) sebenarnya.

“Pihak Nasi Kandaq dan call tadi. And mengaku ada kesilapan dari pihak cashier. So chill na kawan-kawan. Harga sebenar RM13.30,” jelasnya di laman Facebook.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sekeping gambar resit memaparkan harga sepinggan Nasi Kandar mahal di LTAPP yang didakwa lebih tinggi sehingga mengejutkan ramai netizen.

Resit yang tertera sepinggan Nasi Kandar berharga RM27.30 dan secawan air limau suam (RM3.50) dicampur SST berjumlah RM32.65 mendapat berbagai respon netizen. Ada yang mengatakan itu adalah harga standard di airport dan ada juga yang mengatakan ia harga melampau.

Nasi Kandar mahal

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bersependapat jika perkara itu tidak tular, mungkin ada juga mangsa yang diambil kesempatan tentang harga Nasi Kandar mahal tersebut.

Mengambil salah seorang komen netizen, Nabilah Ahmad berkata, “Dah viral dan dan kata salah key ini… kalau buat diam-diam dan 100 orang terkena,” katanya dalam komen hantaran berkenaan.

“Kalau Buat Diam, 100 Orang Terkena…”

Nasi Kandar mahal

 

Melalui peristiwa ini, mungkin kita boleh mengambil iktibar tentang pentingnya menyemak kembali kepadanan harga dan makanan yang dimakan pelanggan. Dalam kesibukan hari bekerja, memang ada yang akan terlepas pandang. Jadi, dengan menyemak kembali, mungkin ia dapar diperbaiki.

Dan, sebagai pelanggan, jika merasa harga yang dikenakan memang tidak setimpal dengan kuantiti makanan, berkomunikasilah secara berhadapan. Dan dari situ mohonlah penjelasan terlebih dahulu. Jika tidak dihiraukan, gunakanlah kuasa pengguna dengan sebetulnya kerana itu hak kita.

Sumber: Nurliani Ahmad Mustafa

Baca lagi: “Takde Air Ke?”, Kedai Mamak Guna Pinggan Polisterin, Wanita Ini Rasa Benggang

tags: | |