Budu bukanlah makanan yang asing bagi warga Pantai Timur. Dianggap sebagai pembuka selera paling utama di negeri Kelantan di Terengganu, budu pasti menjadi pendamping utama bagi hidangan nasi putih pada makan tengah hari dan makan malam.
Sebagaimana sambal belacan jadi pelengkap hidangan nasi di kebanyakan negeri, budu pula boleh dikatakan sebagai elemen wajib setiap kali nasi dihidangkan di negeri Pantai Timur.
Orang yang tak biasa tinggal di Kelantan atau Terengganu pasti anggap yang budu hanya dimakan begitu sahaja bersama nasi.
Sebenarnya, nak makan budu ni ada banyak caranya supaya rasa budu lebih menyerlah dan bertambah sedap. Walaupun ditambah beberapa ramuan ringkas, ia boleh jadi pembuka selera yang buatkan ramai orang terliur!
Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, sebuah video tentang cara makan budu yang unik iaitu dimakan bersama durian segar dan cili padi yang dimuatnaik oleh @hzrnftrh raih perhatian warganet. Buktinya, video tersebut sudah mencatatkan lebih 300k tontonan dalam masa 5 hari saja!
Mana tidaknya, anda tengoklah sendiri videonya. Pasti anda pun ikut terliur sama!
@hzrnftrh hok koya kembe duyan ng budu xyah tngok deh , Skip jah 😆 Barey jeliro ary nih 😩 Acaa woh timun tinggal kebuk 😆🙏🏽 #tiktokfood#tiktokkelantan#ulambudu#MYFoodie
Sejak video ini tular, ramai penggemar budu cicah durian tampil di ruangan komen. Kata mereka, kalau makan bersama nasi panas dan ikan rebus goreng, memang terlajak sedap!
Walaupun gabungan budu bersama durian dikira asing bagi yang duduk di luar Pantai Timur, seorang warganet yang berasal dari Melaka juga akui yang rasanya cukup lazat!
Kalau tak ada lauk lain pun tak apa, budu cicah durian dengan nasi kosong pun boleh buat tambah nasi 2 3 kali!
Selain ikan rebus goreng dan ikan masak singgang, warganet juga biasa makan budu bersama durian dengan jering muda atu petai. Bertambah-tambah sedap katanya!
Alang-alang dah musim durian ni, apa kata anda cuba rasa sendiri budu dengan durian ni. Ramaskan pula dengan cili padi, pasti buatkan anda berselera sampai ke malam!
Rugi tak cuba! Walaupun tak duduk di Pantai Timur, senang saja nak cari budu sekarang ni. Yang dijual online pun banyak. Jom cuba!
Sumber : TikTok @hzrnftrh