Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tidak Mahu Jual Nasi Ayam Dengan Harga Tinggi, Peniaga Nasi Ayam Rela Berhenti Menjualnya

Tidak Mahu Jual Nasi Ayam Dengan Harga Tinggi, Peniaga Nasi Ayam Rela Berhenti Menjualnya

Kategori:
peniaga nasi ayam

Nasi ayam adalah satu sajian yang popular di negara Malaysia. Resepi dan hidangan ini dibawa oleh bangsa Cina dan dapat disajikan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ada nasi ayam panggang, nasi ayam Hainan, nasi ayam Thai dan berbagai-bagai lagi.

Ia merupakan makanan yang menjadi salah satu makanan yang sering dijual di kedai makanan. Hidangan yang menyajikan nasi, ayam, sup dan sedikit sayur seperti salad itu biasanya menjadi pilihan kerana ia sajian yang mengenyangkan.

Tidak Mahu Jual Nasi Ayam Dengan Harga Tinggi, Peniaga Nasi Ayam Rela Berhenti Menjualnya

Dan seperti sedia maklum, pada musim ini untuk mendapatkan bekalan ayam bagi berniaga di sesetengah tempat amatlah susah kerana stok yang terhad. Terbaharu, krisis ini terjadi kepada salah seorang peniaga nasi ayam yang terpaksa menghentikan jualan nasi ayam di kedai makannya bertempat di Durian Tunggal, Melaka.

Menurut sumber Harian Metro, peniaga nasi ayam yang dikenali dengan nama Siti Halijah itu terpaksa mengentikan jualan nasi ayam ‘Mama Qaseh’ sejak beberapa hari lalu. Ini kerana bekalan ayam yang diterima amat mahal malah meningkat hampir 100 peratus daripada harga pasaran sebelum ini.

peniaga nasi ayam

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati harga sekilogram ayam di sebuah pasar raya di bandar raya ini mencecah RM14. Tambahnya lagi, jika biasanya dia mendapatkan harga yang murah di pasar raya, tetapi buat masa kini pasar raya menjual dengan harga tinggi, ia membuktikan isu kekurangan bekalan ayam yang amat kritikal ketika ini.

“Takkan saya perlu menikkan harga nasi ayam RM10 sebungkus sedangkan pelanggan sudah biasa dengan harga semasa iaitu RM7 sebungkus. Susulan itu, saya terpaksa menghentikan jualan buat sementara,” jelasnya kepada wartawan Harian Metro.

peniaga nasi ayam

Tambahnya lagi, pelanggan yang berkunjung ke kedai makannya berasa kecewa kerana nasi ayam tidak dijual namun saya terpaksa lakukakan kerana kos yang tingggi selain kesukaran mendapat bekalan ayam.

Sehubungan dengan itu, dia meletakkan notis ‘nasi ayam tidak dijual buat masa ini’ dalam usaha menjaga hati pelanggan. Dia juga berharap, isu kenaikan harga ayam dapat diselesaikan segera sekaligus memastikan perniangaan dia dan peniaga nasi ayam yang lain berjalan lancar.

peniaga nasi ayam

“Takkan saya perlu menaikkan harga nasi ayam daripa RM7 sebungkus kepada RM10..”

Agaknya, bilakah isu bekalan ayam akan selesai dan menemui jalan keluar? Peniaga nasi ayam dan peniaga lain yang terlibat memerkukan solusi segera untuk terus bernafas.

Dan, menurut media tempatan, kementerian KPDNHEP menjangkakan isu kekurangan bekalan ayam di pasaran dapat diselesaikan pada bulan hadapan.

Kerajaan mengambil langkah intervensi drastik dalam menangani isu itu termasuk mengenakan sekatan eksport ayam dan pemansuhan permit import (AP) makanan bermula 1 Jun ini.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Ada Juga Yang Tamak..”, Orang Ramai Berebut KFC, Suasana Open House Jadi Kecoh

tags: | |