Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Akibat Malaysia Bakal Hentikan Eksport Ayam, Rakyat Singapura Jual Produk Ayam Dengan Harga Tak Masuk Akal

Akibat Malaysia Bakal Hentikan Eksport Ayam, Rakyat Singapura Jual Produk Ayam Dengan Harga Tak Masuk Akal

Kategori:

Isu kekurangan bekalan ayam di negara kita menjadi isu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Bagi menstabilkan pengeluaran ayam dalam negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penghentian eksport ayam sebulan.

Langkah ini juga diambil bagi meningkatkan peluang penglibatan pengimport untuk sediakan lebih banyak sumber bekalan makanan dalam negara.

Berita ini jelas mencetuskan panik bagi sesetengah warga Singapura seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Rakyat Singapura Jual Produk Ayam Mencecah Jutaan Ringgit!

Susulan pengumuman tersebut, sesetengah rakyat Singapura didapati mula beralih ke platform jual beli barangan terpakai, Carousell untuk menjual produk berasaskan ayam.

Menjengah ke platform tersebut, harga produk ayam yang ditawarkan dilihat tidak masuk akal sehingga ada yang dijual sehingga mencecah RM 3.8juta!

Makanan berasaskan ayam yang turut ditawarkan di platform yang sama adalah sepinggan nasi ayam Hainan berharga RM 3,195 dan popcorn ayam sejuk beku (RM 1.9 juta).  Sekotak Chicken McNuggets berisi empat ketul nugget ayam turut dijual dengan harga RM 1,597.

Selain itu, ayam goreng KFC juga tersenarai sebagai salah satu produk edisi terhad dan sukar untuk dijumpai. Jangan tak percaya, ia dijual dengan harga RM 3.8 juta! Tak masuk akal betul!singapura

“Disebabkan permintaan yang tinggi serta bekalan yang rendah, inilah peluang terakhir untuk rasa ayam ini sebelum ia pupus untuk generasi akan datang”, coret salah seorang netizen warganet mengenai isu ini.

Menu Pelik Pun Ada..

Selain menu yang terlampau mahal, terdapat juga menu yang pelik dan tak masuk akal yang turut dijual seperti kepak ayam yang disalut dengan daun emas 24 karat. Harganya pula dianggarkan bernilai lebih RM 30,000! Kepak ayam ini dikatakan disalut dengan 69 rempah rahsia sebelum digoreng.

singapura

Bagi yang belum tahu, Singapura mengimport hampir 34 peratus bekalan ayam dari Malaysia, manakala yang selebihnya diimport dari negara lain termasuk Thailand, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Akibat larangan eksport seperti yang dimumkan, peniaga ayam di negara tersebut turut mengalami kekurangan bekalan kira-kira 20 hingga 70 peratus. Pelanggan juga didapati terpaksa membeli lebih banyak ayam sebagai persediaan awal.

Sumber : Coconuts, Sinarharian

tags: