Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam Rendang Tomyam Cili Padi, Rasa Pedas Dan Masam Boleh Buat Kecur Air Liur!

Ayam Rendang Tomyam Cili Padi, Rasa Pedas Dan Masam Boleh Buat Kecur Air Liur!

Kategori: ,
ayam rendang tomyam cili padi

Kebanyakannya, hidangan lauk ayam disajikan dengan cara goreng dan sambal. Kalau sembang tentang lauk ayam, ayam goreng bersama sambal belacan pun boleh buat bertambah nasi, kan?

Mungkin, ada di antara kita yang buntu untuk masak lauk ayam kerana ingin keinginan dan rasa yang berbeza. Disebabkan lauk ayam ni terlalu banyak resepi yang boleh dibuat, akhirnya ada yang confuse nak masak dengan cara bagaimana.

Jadi, di sini kami kongsikan cara buat ayam rendang tomyam cili padi yang jarang dimasak orang ramai. Rasanya yang pedas bercampur masam memang sedap untuk buat tukar selera sekali-sekala.

Ayam Rendang Tomyam Cili Padi, Rasa Pedas Dan Masam Boleh Buat Kecur Air Liur!

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 15 atau 20 tangkai cili padi (jika nak pedas boleh lebihlan lagi)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 biji tomato
  • 4 batang serai ketuk
  • 5 atau 6 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 paket tomyam pes adabi
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu makan kicap
  • garam, gula dan perasa

Cara penyediaan:

  1. Mesin atau blend cili, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan tomato.
  2. Didihkan ayam dan bahan mesin dalam kuali.
  3. Masukkan serai dan daun limau purut.
  4. Masukkan kerisik dan pes tomyam.
  5. Masukkan santan, gula dan perasa.
  6. Masukkan asam keping .
  7. Bila dan agak kering, masukkan kicap dan gaul hingga sebati.
  8. Siap untuk dihidang!

ayam rendang tomyam cili padiayam rendang tomyam cili padiayam rendang tomyam cili padi

Senang kan cara buat resepi rendang tomyam cili padi ni? Asyik makan rendang style biasa je, cuba cara ini pula. Boleh dimasak untuk dhidangkan kepada tetamu. Yang paling penting, kalau makan dengan nasi impit atau roti pun dah sedap gila! Cubalah!

Selamat mencuba, memasak dan selamat menikmati!

Sumber: Azlina Ina

Baca juga: Resepi Lempeng Daun Sup, Terasa Berbeza Di Setiap Gigitan

tags: | |