Nasi beriani adalah hidangan nasi campur dari Benua Kecil India dan dibuat dari rempah-ratus, beras dan daging atau sayuran. Di Utara India, secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Mughlai dan di India Selatan.
Masakan ini merupakan salah satu pengaruh Tamadun Islam di India. Bagi beberapa resepi nasi beriani, ia agak rumit kerana menggabungkan semua campuran. Tetapi, kali ini kami akan membongkarkan satu rahsia resepi nasi berianti anti gagal yang senang dan sedap.
Pernah Gagal Masak Nasi Beriani? Ini Resepi Nasi Beriani Anti Gagal Yang Mantap!
Bahan-bahan:
- 4 cawan beras basmathi
- 2 sudu makan marjerin / butter
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 simpul daun pandan
- 1/2 paket perencah nasi beriani maggi
- 1/2 cawan susu cair – sukat air guna cawan yang sama sukat beras.
- 4 1/2 cawan air
- 1 sudu makan garam
Cara penyediaan:
- Blender semua 2 biji sedang bawan merah, bawang putih, sedikit halia.
- Rendam beras basmathi selama 15 @ 30 minit pastu toskan.
- Tumis bahan yang telah diblend dengan marjerin atau butter + minyak sapi.
- Masukkan rempah tumis + daun pandan.
- Kemudian, masukkan perencah nasi beriani, tak payah tumis beria, asal nampak mendidih sahaja.
- Masukkan beras sesekali godak bagi rata.
- Kalau pro boleh godak selalu, kalau baru belajar janngan godak selalu nanti patah patah beras nanti tak cantik.
- Biar sampai nasi kering, kecilkan api dapur dan tutup periuk.
- Biar selama 30 minit.
- Dah siap nasi beriani anti gagal, boleh letak hiasan kuning dan gaul nasi. Boleh tabur bawang goreng, daun sup, kismis, gajus!
Tadaaa! Dah siap masakan yang sedap lagi wangi ini. Bolehlah padankan dengan lauk sambal ayam ataupun lauk yang anda inginkan. Ikut selera masing-masing. Nasi ini sangatlah sedap dan lembut. Makan bersama acar buah lagi menyengat!
Untuk siapa-siapa yang inginkan kepedasan, bolehlah makan dengan sambal belacan. Ini rujukan untuk resepi sambal belacan yang mudah dan wangi.
Sumber: Azlina Ina
Baca juga: Ayam Rendang Tomyam Cili Padi, Rasa Pedas Dan Masam Boleh Buat Kecur Air Liur!