Tak ada idea nak masak apa di rumah? Apa kata anda cuba satu resepi yang simple tapi terlajak sedap ni?
Khas untuk penggemar lauk daging, jom cuba buat resepi daging goreng pedas ni. Rasanya bukan saja lazat, tapi cara buatnya juga teramatlah senang.
Hanya dengan gunakan bahan-bahan yang ada di rumah, anda boleh dapat hasilkan satu hidangan yang mampu membuka selera seisi keluarga. Confirm bertambah nasi. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Umi Watie.
Walaupun simple, tapi sedap tau!
Resepi Daging Goreng Pedas Yang Simple, Tapi Sedap!
Bahan-Bahan :
- 500gm daging (dihiris)
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan kicap manis
- 1 biji bawang Holland (dihiris)
- 7 biji cili api (diketuk)
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak masak
Bahan Kisar Halus :
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 7 tangkai cili kering
Cara-Cara :
- Gaulkan hirisan daging bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam kuali sampai sedikit garing.
- Bila daging sudah masak dan garing, angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama (boleh kurangkan sedikit jumlahnya), tumis bahan kisar sampai wangi, garing dan pecah minyak.
- Bila sambal sudah elok pecah minyak, masukkan semua sos dan kicap manis.
- Gaulkan sampai rata. Pastikan guna api kecil sahaja. Empunya resipi tak letak garam atau gula kerana semuanya sudah cukup rasa. Namun, boleh ubah mengikut selera.
- Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang Holland dan cili api.
- Gaulkan hingga rata dan biarkan sampai bawang sedikit layu. Matikan api.
- Daging Goreng Pedas siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
saja rupanya untuk hasilkan hidangan daging goreng pedas. Walaupun hanya gunakan bahan yang ringkas, namun rasanya sangatlah sedap.
Kalau makan dengan nasi putih panas-panas pun dah cukup lazat! Orang yang suka makan pedas pasti sukakan hidangan ini. Sekali cuba, pasti nak lagi. Jom try di rumah!
Sumber : Umi Watie