Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Blender Ada Kesan Kuning dan Berbau Cili? Jom Ikuti 4 Cara Mudah Ini Untuk Bersihkan Blender di Dapur!

Blender Ada Kesan Kuning dan Berbau Cili? Jom Ikuti 4 Cara Mudah Ini Untuk Bersihkan Blender di Dapur!

Kategori:

Blender atau pengisar adalah salah satu perkakas dapur yang paling kerap digunakan. Akibat terlalu kerap digunakan untuk mengisar pelbagai rempah, sudah tentu kesannya melekat. Lama kelamaan kesan warna kuning dari kunyit dan bau blender pun jadi semakin kurang menyenangkan. Nak tau cara yang mudah untuk bersihkan blender? Di sini kami kongsikan 4 cara mudah yang anda boleh praktikkan untuk hilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender kesayangan anda.

Mari kita tengok cara-caranya.Bersihkan Blender

3 Cara Bersihkan Blender Untuk Hilangkan Kesan Kuning Serta Bau Cili dan Bawang. Guna Bahan di Dapur Saja!

Guna Kelapa Parut

Cara pertama ialah dengan menggunakan kelapa parut. Masukkan kelapa parut dan air ke dalam blender. Kisar campuran tersebut selama beberapa saat.

Kemudian, bilas blender. Anda akan dapati kesan kuning tertanggal dari permukaan dalam. Bau cili pun hilang!Bersihkan Blender

Guna Air Panas

Selepas anda gunakan blender, basuh bersih-bersih seperti biasa. Kemudian, masukkan air panas beserta beberapa titik sabun pencuci pinggan. Blend beberapa saat. Bau cili dan kotoran pasti akan hilang!

Gunakan Limau Nipis dan Beras

Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil-kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Campurkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam blender dan kisarkannya selama 15 hingga 20 saat.

Tuangkan hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas blender sampai bersih.

Hasilnya, bau yang kurang enak serta kesan kuning yang degil akan hilang!Bersihkan Blender
Guna Baking Soda dan Cuka

Selain untuk membuat kek dan kuih-muih, baking soda adalah agen pembersih yang berkesan untuk hilangkan kotoran degil. Ia juga boleh digunakan untuk hilangkan bau serta tanggalkan kotoran pada permukaan dalam blender.

Caranya ialah dengan mengambil ¾ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.

Campurkan kedua-dua bahan ini ke dalam blender, letak sedikit air dan gosok permukaan dalam blender menggunakan span basuh pinggan dan cecair pencuci.

Setelah selesai, bilas seperti biasa.

Kalau tak ada cuka, anda juga boleh gantikannya dengan perahan jus lemon. Gerenti berkesan!

Bersihkan Blender

Mudah saja rupanya untuk bersihkan blender yang ada di rumah. Lepas ni tak payah risau lagi kalau blender jadi kekuningan atau ada bau cili.

Untuk memastikan blender anda berkilat macam baru, anda kenalah rajin bersihkannya. Tak susah pun, bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati di dapur. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda kembalikan seri pada blender kesayangan anda. Selamat mencuba!

Sumber : Verst

tags: