Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ni Kalau Kat Luar Mau RM 10”- Pesakit Kanak-Kanak Dijamu Hidangan Lazat, Hospital Ini Dipuji Netizen

“Ni Kalau Kat Luar Mau RM 10”- Pesakit Kanak-Kanak Dijamu Hidangan Lazat, Hospital Ini Dipuji Netizen

Kategori:

Pengalaman memasuki wad biasanya tidak meninggalkan kenangan yang manis buat semua. Jika boleh, ramai yang ingin elak daripada diwad setiap kali ditimpa sakit atau alami kemalangan. 

Tambahan pula, banyak cerita berlegar tentang perkhidmatan hospital kerajaan yang ada kalanya dikatakan kurang baik sehingga membuatkan ramai orang mengelak untuk diwadkan. 

Namun perkongsian yang tular di TikTok oleh @amazingterengganu baru-baru ini buatkan ramai warganet mengubah fikiran mereka.

Pesakit Dapat Makan Sedap!

Dalam video tersebut, didapati seorang pesakit kanak-kanak yang diwad kerana sengatan lebah cukup berselera menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah. 

Dulang makanan pesakit kanak-kanak ini didapati penuh dengan lauk pauk yang menyelerakan. Siap ada dua ketul lauk ikan dan lauk sayur yang berkhasiat. Kata netizen, pesakit kanak-kanak diberikan dua lauk kerana satu lagi lauk adalah dikhaskan kepada penjaga.

Pesakit

Dalam pada itu pemilik video sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital  atas layanan baik yang diberikan.

@amazingterengganu

Kali ni pujian harus diberikan. Terima kasih HSNZ. Semalam anak checkin wad kena sengat lebah. #hsnz #amazingterengganu #terengganu #hospitalkerajaan

♬ Kimi No Toriko – Rizky Ayuba

Ni Kalau Beli Kat Luar Mau RM 10!

Melihatkan kemewahan lauk pauk yang ditawarkan kepada pesakit, ramai yang menganggarkan hidangan dari hospital ini boleh mencecah kira-kira RM 10 hingga RM 20 jika dibeli di luar. Maklumlah, lauk ikan yang dijual sekarang boleh mencecah sehingga RM 7 seekor! 

Pesakit

 

Pesakit

Ni Bukan Wad Kelas Satu, Tapi Kelas Tiga!

Ada netizen yang menganggap kanak-kanak ini ditempatkan di wad kelas satu, padahal pesakit kanak-kanak ini hanya ditempatkan di wad kelas tiga! Mana tidaknya, pasti ramai yang beranggapan hidangan istimewa sebegini biasanya dihidangkan untuk pesakit VIP! 

Pesakit

Lauk Sedap, Layanan Baik..

Meninjau di ruangan komen, sesetengah netizen juga sempat berkongsikan pengalaman mereka ketika diwadkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kata seorang netizen yang pernah bersalin di hospital, dia rasa sangat bertuah kerana mendapat layanan yang baik setaraf dengan hospital swasta.

Bukan saja makanan yang dihidangkan lazat-lazat belaka, malah pesakit yang bertuah juga akan dapat pemandangan Pantai Batu Buruk yang mendamaikan!

Pesakit
Justeru itu, ramai netizen yang memuji taraf perkhidmatan hospital kerajaan yang dilihat semakin baik. PesakitSemoga prestasi serta perkhidmatan hospital kerajaan di Malaysia semakin baik demi kesejahteraan rakyat.

Sumber : TikTok @amazingterengganu

tags: