Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Bila Nak Masak, Terus Cedok Dan Masuk Dalam Kuali, Ini 6 Pes Masakan Mudah Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Untuk Cepatkan Kerja Memasak.

Bila Nak Masak, Terus Cedok Dan Masuk Dalam Kuali, Ini 6 Pes Masakan Mudah Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Untuk Cepatkan Kerja Memasak.

Kategori:
Pes Masakan

Kalau boleh kita pasti nakkan hidangan yang dimasak panas-panas setiap hari. Tapi, ia boleh jadi cabaran buat yang bekerja terutamanya para ibu.

Sebaik saja, pasti mula timbul rasa malas untuk masak. Memang boleh tak jadi masak bila terbayangkan kerja-kerja di dapur yang rumit. Nak kena potong bawang, kisar cili dan sebagainya!

Untuk memudahkan anda hasilkan lauk pauk setiap hari, apa kata kita pelajari 6 pes memasak yang ringkas. Bila dah standby pes awal-awal, kerja memasak jadi lebih mudah. Bila nak guna, terus cedok, dan terus tumis dalam kuali.

Dengan adanya 6 pes ini, anda boleh masak macam-macam jenis hidangan dari sambal, lauk masak lemak, ayam bakar sehinggalah ke goreng-goreng! Senang sangat-sangat!

Jom kita ikuti perkongsian cara buat 6 pes masakan oleh Awien Ariff ini.

Cara Buat 6 Pes Masakan Yang Mudah dan Cadangan Hidangan Yang Boleh Anda Sediakan Dengannya

1. Pes Cili Kering

Bahan-Bahan :

  • Kira-kira ½ kilo cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih

Cara-Cara :

  • Rebuskan cili kering.
  • Kisarkan cili kering bersama bawang besar dan bawang putih yang sudah dipotong.
  • Bila sudah kisar, biarkan sejuk seketika.
  • Simpan ke dalam bekas kedap udara.

Antara masakan yang anda boleh hasilkan menggunakan pes cili ini adalah :

  1. Bihun goreng
  2. Nasi goreng
  3. Asam pedas
  4.  Sambal ikan
  5. Sambal udang

2. Santak Kotak

Kalau tak dapat santan perah sendiri, anda boleh simpan santan kotak dalam peti ais.

3. Pes Ikan Bakar

Menurut Awien Ariff, dia juga gunakan pes masakan ini untuk berniaga ikan dan ayam bakar. Mesti sedap! Jom kita tengok cara buatnya! Pes Masakan

Bahan-Bahan :

  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering

Nota : Jumlah boleh agak-agak  supaya semuanya seimbang. Lebihkan sedikit serai.

Cara-Cara :

  • Kisarkan kesemua bahan sampai halus
  • Masak di atas api, masukkan garam dan sedikit gula Melaka
  • Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam peti ais.

Anda boleh gunakan pes ini untuk masakan berikut :

  1. Ikan bakar
  2. Rendang ayam
  3. Rendang daging
  4. Rendang kerang
  5. Kerutuk
  6. Ayam masak merah
  7. Ayam bakar

4. Pes Masak LemakPes Masakan

Bahan-Bahan :

  • 3 biji bawang besar
  • 8 biji bawang putih
  • Seketul halia
  • Sebiji kunyit hidup
  • Cili hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)

Antara masakan yang boleh dihasilkan daripada pes masakan ini adalah :

  • Masak lemak ayam
  • Masak lemak daging
  • Masak lemak ikan

5. Pes Cili ApiPes Masakan

Bahan-Bahan :

  • 10 biji bawang merah kecil
  • 5 biji bawang putih
  • Cili akar 20 biji (boleh guna cili padi jenis lain ikut tahap kepedasan masing-masing)

Pes cili api ini juga dikira pes serbaguna. Macam-macam hidangan boleh dihasilkan daripadanya. Antara masakan yang boleh gunakan pes ini adalah :

  1. Nasi goreng
  2. Sambal ayam hijau
  3. Mee goreng
  4. Sambal ikan cili api

Selain lauk pauk, pes ini juga boleh digunakan untuk pelbagai tumisan seperti tumis sayur dan sebagainya.

6. Pes Kari Ikan Atau Ayam

Pes Masakan

Bahan-Bahan :

  • 20 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 inci halia (lebih kurang seketul)
  • 2 inci kunyit (lebih kurang seketul)
  • 3 peket kecil serbuk kari ayam

Antara masakan yang boleh gunakan pes ini adalah :

  1. Kari daging
  2. Kari ayam
  3. Kari ikan
  4. Ikan bakar Portugis

Memandangkan citarasa semua orang tak sama, anda bolehlah ubahsuai bahan-bahan sama ada ingin kurangkan atau tambahkan.

Kalau ahli keluarga ramai, nak gandakan ramuan supaya dapat pes lebih banyak pun boleh. Pastinya pes masakan ini akan mudahkan kerja anda di dapur. Jom cuba!

Sumber : Awien Ariff 

tags: |