Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Khas Untuk Penggemar Pedas, Ini Resepi Maggi Sambal Cobek Yang Anda Perlu Cuba

Khas Untuk Penggemar Pedas, Ini Resepi Maggi Sambal Cobek Yang Anda Perlu Cuba

Kategori: ,

Kalau anda dah bosan buat maggi berkuah atau maggi goreng, ini ada satu lagi resepi yang pasti buatkan anda ketagih.

Lain daripada yang lain, maggi sambal cobek ini pasti buatkan ramai penggemar pedas masak berulang kali, memang layan! Rasa seimbang rasa pedas, berlemak, manis dan berempah.

Sememangnya membangkitkan selera dan boleh buatkan anda teringat-ingat! Jom kita lihat resepi maggi sambal cobek yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nur Sadan.

Resepi Maggi Sambal Cobek Yang Terlajak Sedap, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Bahan-Bahan (untuk 1 orang makan) :

  • 1 pek mi segera (Maggi Segera)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 1 tangkai cili
  • 1 butir telur
  • 1 biji limau kasturi

Cara-Cara :

  1. Potongkan bahan-bahan segar kecil-kecil.
  2. Tumiskannya dalam minyak sampai jadi agak keperangan, lembut dan naik bau.
  3. Angkat bahan-bahan dari kuali dan letakan di atas cobek. Nak guna lesung batu pun boleh.
  4. Disebabkan kita dah goreng bahan-bahan ni, maka ia mudah lumat.
  5. Sebelum anda tumbuk atau cobek, tabur garam dan perah limau.
  6. Tumiskan setengah pek serbuk perencah kari dari pek Maggi. Gunakan sikit saja sebab nak buat kuah pekat. Lagipun, kalau banyak nanti Maggi jadi masin.
  7. Kemudian, masukkan bahan yang telah dilumatkan tadi. Letakkan secawan air dan reneh sampai mendidih.
  8. Bila dah mendidih, masukkan mi kering. Boleh tambah air sedikit demi sedikit ikut kesesuaian. Jangan letak terlalu banyak air, kita nak Maggi ni pekat dan likat.
  9. Anda juga boleh celur dan toskan mi Maggi secara berasingan.
  10. Pecahkan sebiji telur. Renehkan seketika.
  11. Tutup kuali supaya telur cepat masak dan mi cepat kembang.
  12. Bila mi dah kembang dan telur dah masak, tutupkan api.
  13. Hidangan Maggi Sambal Cobek sedia untuk dihidang. Kalau perah limau, lagi best!

Menarik juga buat Maggi Sambal Cobek macam ni. Pasti lebih kick, rasa pun tak muak. Sesuai untuk isi perut pada waktu malam! Guna bahan-bahan yang ada di dapur saja. Jom cuba buat!

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

tags: |