Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Matikan & Bersihkan Ketam Yang Paling Mudah. Barulah Dapat Isi Yang Segar dan Manis Berlemak!

Cara Matikan & Bersihkan Ketam Yang Paling Mudah. Barulah Dapat Isi Yang Segar dan Manis Berlemak!

Kategori:

Jika sekali-sekala makan ketam bersama keluarga memang nikmat. Masalahnya, jika beli yang siap dimasak, harganya memang tak dinafikan agak mahal. Apa kata anda cuba masak sendiri ketam di rumah?

Pilihlah ketam hidup yang dijamin lebih segar, isinya sudah tentu lebih manis berlemak dan lembut. Tapi, pasti ramai yang mengelak untuk beli ketam hidup kerana tak tahu cara untuk matikannya dengan betul tanpa rasa bersalah. Bersihkan Ketam

Biasanya kalau nak matikan ikan, kita akan ketuk pada bahagian kepalanya. Macam mana pula untuk matikan ketam yang hidup?

Ada sesetengah orang, mereka akan siram air panas pada ketam. Cara ini tak salah, tapi nanti isi ketam akan masak. Kemungkinan, kaki-kaki ketam juga akan luruh.

Jom kita ikuti cara matikan ketam yang mudah dari Sinaran Wanita ini. Cara yang digunakan cukup mudah, kesegaran rasa isi ketam juga terpelihara.

Cara Matikan Ketam Dengan Mudah

  • Terbalikkan ketam dan cari bahagian yang ada bentuk segi tiga.
  • Cucuk dengan benda tajam pada bahagian itu dalam masa 15 saat. Boleh guna perkakas seperti lidi atau pisau. Jangan guna perkakas yang terlalu besar ya, takut rosak pula isi ketam tu.
  • Ketam sudah siap dimatikan. Anda tak perlu risau atau takut disepit ketam.Bersihkan Ketam

Bila ketam dah mati, barulah kita senang hati untuk siang dan bersihkannya. Jom kita tengok cara mudah untuk siang ketam sebelum sedia dimasak.

Cara Siang dan Bersihkan Ketam

  • Terbalikkan ketam dan cari bahagian tiga segi tadi. Tarik dan pisahkannya dari badan ketam.Bersihkan Ketam
  • Buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cuci bersih segala kotoran yang melekat di bawah paip mengalir.Bersihkan Ketam
  • Bersihkan juga lendir di bahagian tengah ketam di bawah air mengalir perlahan.
  • Selepas bersih pisahkan penyepitnya, kemudian buang sedikit hujung penyepit dan ketuk supaya mudah dimakan nanti. Seterusnya dan gunting sedikit kaki-kaki ketam dengan menggunakan gunting dapur.
  • Cuci dan bersihkan ketam. Pastikan tiada kotoran melekat padanya.
  • Jika perlu potong ketam kepada dua bahagian sebelum sedia di masak.Bersihkan Ketam

Bila anda sudah bersihkan ketam, anda bolehlah masaknya mengikut resepi kegemaran anda. Pastikan anda tak masak ketam terlalu lama,ya. Barulah isinya lembut dan kekal segar.

Lepas ni dah tak ada masalah lagi untuk anda masak ketam segar. Barulah puas makan di rumah bersama keluarga. Selamat mencuba!

Sumber : Sinaran Wanita, rasa.my

tags: |