Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Di Malaysia ini harga apa pun boleh naik, asal bukan harga ayam..” Kerajaan Henti Subsidi Penternak Ayam

“Di Malaysia ini harga apa pun boleh naik, asal bukan harga ayam..” Kerajaan Henti Subsidi Penternak Ayam

Kategori:
kerajaan henti subsidi

Dalam meniti arus kegawatan ekonomi yang menyebabkan kenaikan harga barang, yang paling terasa setakat ini adalah isu harga ayam. Hal yang tidak putus dibicarakan adalah ketiadaan bekalan ayam yang tidak terlesaikan.

Dan, yang paling terkesan dengan masalah ini adalah golongan B40 berpendapatan rendah. Kenaikan harga ayam menyebabkan kos perbelanjaan harian naik mendadak. Kerana umum mengetahui, ayam boleh dikatakan makanan ruji bagi sesetengah orang.

“Di Malaysia ini harga apa pun boleh naik, asal bukan harga ayam..” Kerajaan Henti Subsidi Penternak Ayam

Semalam, menurut laporan Berita Harian, mulai bulan hadapan, satu langkah daripada kerajaan telah diperlakukan untuk menangani isu yang dinyatakan di atas.

Langkahnya adalah kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak sebaliknya menyalurkan kepada rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan B40, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

kerajaan henti subsidi

Perdana Menteri berkata, langkah terbabit bertujuan mengurangkan bebanan rakyat supaya tidak terlalu tertekan dengan kenaikan harga barang. Jelasnya, kerajaan memperkenalkan subsidi untuk memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Di Malaysia ini harga apa pun boleh naik asalakan bukan harga ayam.

“Harga ikan kembung RM15 sekilogram mereka tak bising tetapi harga ayam rakyat akan marah,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, dia juga menjelaskan, kalau dibiarkan harga diapung, harga ayam mungkin RM12 sekilogram tetapi kerajaan mahu memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Maka kita beri subsidi kepada penternak supaya harga ayam kekal RM8.90.

Kerajaan berberbelanja RM720 juta untuk pastikan harga ayam tidak dinaikkan.

kerajaan henti subsidi

“Bagaimanapun, ramai penternak tidak menuntut subsidi diberikan. Oleh itu mulai 1 Julai, kita tidak lagi memberi subsidi kepada penternak tetapi jumlah terbabit akan diberikan terus kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat dagangan Kuala Lumpur (PWTCKL), semalam. Dia juga menambah, kerajaan akan memperkenalkan sumbangan terus kepada rakyat khususnya B40 yang terkesan akibat kenaikan harga barang.

kerajaan henti subsidi

Dalam langkah kerajaan henti subsidi ini, ada banyak hal yang perlu diperjelaskan untuk lebih difahami. Semoga hal-hal kenaikan harga barang ini akan beransur pulih untuk kita semua.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Malaysia Mungkin Tidak Perlu Import Beras Jika Bantu Pesawah Di Kedah Tanam Padi Lima Kali

tags: | |