Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Harga Sardin Dalam Tin Makin Mahal? Jom Cuba Buat Sardin Homemade Guna Pressure Cooker! Lebih Jimat dan Segar

Harga Sardin Dalam Tin Makin Mahal? Jom Cuba Buat Sardin Homemade Guna Pressure Cooker! Lebih Jimat dan Segar

Kategori: ,

Kenaikan harga barang menjadi isu yang merunsingkan ramai orang akhir-akhir ini. Antara barangan keperluan yang dikatakan bakal meningkat harganya adalah ayam segar dan tepung gandum.

Selain itu, barangan lain turut didapati mengalami kenaikan harga termasuk sardin dalam tin. Di laman sosial, ada juga sesetengah netizen yang berkongsikan harga semasa sardin dalam tin yang boleh mencecah RM 10 setiap satu!

Sebagai alternatif kepada sardin dalam tin yang semakin mahal sejak-sejak ini, apa kata anda cuba buat sendiri sardin homemade. Pastinya lebih sedap bila anda gunakan ramuan serta ikan yang segar. Duit pun boleh jimat. Jom kita lihat resepi menarik yang dikongsikan oleh Norlela Abdul Lahak di Group Facebook Masak Apa Hari Ni.

Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker. Lebih Menjimatkan dan Dijamin Segar

Bahan-bahan:

  • Ikan (2kg) (Boleh guna ikan sardin, ikan tamban atau ikan mackerel)
  • Tomato puri (1 tin)
  • Cili kisar (2 senduk)
  • Bawang kisar (2 senduk)
  • Air asam jawa (1 cawan)
  • Sos cili (1 botol)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cuka
  • Minyak (untuk menumis)

Cara-Cara :

  • Siang ikan. Buang ekor dan kepalanya dan biarkan seketika.
  • Tumiskan bawang kisar dan cili kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan pula ikan, air asam jawa, sos cili dan tomato puri. Gaulkan sebati.
  • Tambahkan air sehingga menutupi ikan. Lebihkan air pun tak mengapa, sebab air akan tersejat, kuah akan jadi pekat bila dimasukkan dalam pressure cooker nanti.
  • Pindahkan lauk ikan tadi ke dalam pressure cooker. Masakkan selama 60 minit. Tulang ikan akan lembut macam yang anda boleh dapati pada sardin dalam tin.
  • Sardin homemade sedia untuk dinikmati.

Sardin Homemade Guna Pressure Cooker

Sardin Homemade Guna Pressure Cooker

Sardin Homemade Guna Pressure Cooker

Tak sangka pula kita boleh hasilkan sendiri sardin homemade guna pressure cooker. Mirip betul dengan yang terjual di pasaran. Anda pasti terkejut dengan tekstur ikan sardin homemade yang persis macam yang dibeli macam di pasar raya. Isi ikan kekal cantik, tulangnya pula lembut serupa macam ikan sardin dalam tin.

Pastinya lebih menjimatkan dan jauh lebih segar berbanding yang didapati dalam tin. Jom cuba resepi sardin homemade guna pressure cooker ini!

Sumber : Norlela Abdul Lahak via Masak Apa Hari Ni

tags: