Dalam membesarkan anak-anak, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk ibu bapa. Tambahan lagi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak syurga atau anak istimewa ini.
Kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menjaga mereka. Ditambah dengan masyarakat sekeliling yang terkadang tidak memahami keadaan yang dihadapi ibu bapa berkenaan.
Pada minggu lepas, telah tular satu video di laman TikTok memaparkan seorang murid kelainan upaya (OKU) sedang meraung kerana dimarahi oleh bapa pelajar kelas lain.
Di dalam hantaran berkenaan, murid berkenaan sedang ditenangkan oleh salah seorang gurunya. Pemilik video berkenaan yang juga merupakan ibu kepada anak istimewa terbabit memberitahu telah berlaku salah faham sehinggakan bapa budak kelas lain memarahi dirinya.
Menurut ibu kepada anak syurga berkenaan, lelaki yang merupakan bapa kepada pelajar kelas lain memarahi budak OKU terbabit atas sebab berebut botol air dengan anaknya.
https://www.tiktok.com/@zuera282/video/7103797110436416795?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@zuera282 ye..anak sy oku yg selalu tantrum. terima kasih cikgu tlg tenangkan dia. jgn la lepaskan ego n kemarahan pd dia..benda boleh bincang..#ppki #jagaadabkita ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Menjengah kepada ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan apa yang berlaku kepada kanak-kanak istimewa terbabit. Misalnya mengambil salah seorang komen pengguna TikTok lain yang bernama @capang, “saya tak boleh tengok benda macam ni. Sebab saya sendiri pun ada anak buah yang istimewa macam ni. Kalau saya mungkin orang tu ada masalah besar dengan saya,” tulisnya pada ruangan komen berkenaan.
Seorang lagi pengguna TikTok lain, @MuhammafFazli, dia juga meluah, “ya Allah sedih tengok video ini. Tabah ya Puan. Semoga Allah angkat darjat puan jadi manusia yang lebih baik. Anak syurga. Balasan syurga untuk keluarganya,” jelasnya dalam keadaan bersimpati.
Sememangnya, hal ini adalah hal yng tidak patut berlaku. Hidup sebagai seorang manusia, mempunyai sifat yang bukan sekadar simpati tetapi haruslah empati adalah sangat diperlukan.
Ini kerana, anak OKU ataupun anak syurga ini amatlah istimewa dan kita haruslah memahami mereka. Mereka merupakan kurniaan Tuhan yang indah dan adanya mereka, kita banyak belajar tentang sisi dunia.
Sumber: @zuera282
Baca juga: “Ya Allah Nak Pengsan Tengok..” Sup Daging Hampir RM10, Tapi Kuah..