Bagi anda yang sedang tercari-cari pencuci mulut apa yang best untuk dinikmati di rumah, apa kata cuba resepi puding buah yang menyegarkan tekak ini.
Tengok pun dah tau sedap, cara untuk buatnya juga cukup mudah.
Puding buah ini memang sesuai dinikmati bersama keluarga. Kalau nak jamu pada tetamu yang datang berkunjung pun cukup sesuai.
Jom kita tengok resepi puding buah istimewa yang dikongsikan oleh Muhammad Ali di Facebook. Mesti special sebab resepi ini diambil dari ibunya sendiri.
Resepi Puding Buah Yang Teramatlah Sedap, Guna Bahan-Bahan Ringkas Saja!
Bahan-Bahan (Sukatan Untuk Loyang 8 X 8 inci) :
- 30 gram agar-agar tali (boleh pakai agar-agar serbuk, guna sukatan yang sama)
- 1 ¼ cawan gula pasir
- 1 tin buah campur
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastad (bancuhkan dengan sedikit air)
- 4 biji telur gred B
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla
Cara-Cara :
- Basuh agar-agar dan masak dengan 7 cawan air. Bila dah cair, masukkan gula dan kacau sehingga larut.
- Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukulkan sedikit. Kemudian, curahkan ke dalam susu cair bersama tepung kastad yang sudah dibancuh.
- Selepas dah curahkan dalam susu cair, gaulkan selama seminit dan masukkan dalam periuk bersama air buah. Gunakan api sederhana dan kacaukan hingga mendidih tanpa gagal.
- Bila sudah mendidih, masukkan buah campur, esen vanilla dan garam.
- Selepas 2 hingga 3 minit, tutup api.
- Angkat dan tuang ke dalam loyang 8 X 8 inci.
- Tunggu kira-kira 10 hingga 15 minit, kemudian baru masukkan dalam peti sejuk. Biarkan puding mengeras dalam masa 2 hingga 3 jam saja.
- Potong puding ikut citarasa anda. Puding buah sedia untuk dinikmati bersama keluarga dan tetamu.
Serius nampak sedap puding buah ini. Confirm berebut-rebut! Cara nak buatnya pun tidaklah terlalu susah. Hanya guna bahan-bahan ringkas saja. Mest best nikmatinya bersama keluarga di rumah bila baru keluar dari peti sejuk. Ditambah pula denga cuaca panas sejak beberapa hari ni. Jom cuba resepi puding buah yang special ni!
Sumber : Muhammad Ali