Masa kecil-kecil dahulu, mesti nenek atau mak kita pernah sediakan apom lenggang kan? Kalau makan apom lenggang ni automatik mengimbau kenangan masa kecil.
Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Ada resepi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi. Untuk resepi kali ini, kami sediakan apom versi nasi sejuk. Ini adalahh cara popular orang-orang tua dahulu.
Keenakan adunan datang daripada beras lalu membentuk dan menghasilkan apom yang lembut dan gebu.
Resepi Apom Lenggang Senang Bajet, Hidangan Untuk 15 Biji
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil yis
- 1 cawan santan
- 1 biji telur
- secukup rasa garam
Bahan (Kisar Halus)
- 3/4 cawan nasi sejuk
- 1/1/2 cawan air
Cara Penyediaan:
- Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus.
- Kacau sebati kemudian masukkan garam secukup rasa.
- Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
- Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman.
- Tetapi, santann hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
- Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu.
- Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata.
- Masak sehingga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
- Angkat dan lipat 3 bahagian atau gulung.
- Tips: Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalaman, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.
Yeayyy! Sudah siap apom lenggang kita. Boleh lah sekarang kacau air teh o panas untuk hidangkan bersama. Makan panas-panas memmang sedap. Boleh cicah dengan sambal bilis, gulai atau apa-apa lauk mengikut selera masing-masing.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Marina
Baca lagi: Resepi Popular Dari Jawa, Ayam Masak Palembang Sedap Tak Terkata