Biasanya, untuk sarapan anak-anak, kita sediakan roti atau nasi goreng untuk dimakan pagi sebagai alas perut sebelum ke sekolah. Tetapi, jika ibu atau bapa inginkan kelainan, bolehlah buat resepi puff daging berlambak ni.
Hanya guna puff pastry segera yang dibeli di kedai. Hanya inti sahaja perlu disediakan sendiri. Barulah sedap! Cuba resepi Fatihah Fadzil ini untuk merasa kelainannya.
Wanita Kongsi Resepi Puff Daging Berlambak, Anak-Anak Suka Sangat Sampai Minta Selalu
Bahan-bahan:
- 1 paket puff pastry segera
- 1 biji telur – sapu puff
- Sedikit pewarna kuning – optional
- Mentega-sapu puff selepas dibakar
Bahan-bahan (inti):
- 1/4 cawan minyak masak tumisss
- 6 ulas bawang putih – cincang
- 1 biji bawang holland – dadu
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 300 gram daging cincang @ ayam
- 3/4 cawan air – masuk sedikit sedikit
- 3 biji ubi kentang (dadu)
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk perasa
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 mangkuk daun sup
- 1 mangkuk daun bawang hiris
Cara penyediaan:
- Bakar dalam oven 200 darjah celcius selama 23 minit.
- Boleh gantikan dengan ayam cincang.
- Guna puff pastry segera sahaja – mudah.
- Tekan guna garfu.
- Lapik baking paper di atas dulang pembakar.
- Sapu butter selepas bakar untuk warna yang cantik.
Okay, siap sudah pastry puff daging berlambak ni. Kalau beli dekat kedai, harganya sekitar sebiji RM3.30 dan 2 biji RM5. Kalau buat sendiri dekat rumah, boleh dapatkan dengan kuantiti yang banyak.
Lauk dalam inti pastry tu pun boleh letak banyak-banyak ikut kemahuan kita.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Fatihah Fadzil
Baca juga: Resepi Apom Lenggang Senang Bajet, Hidangan Untuk 15 Biji