Dalam mana-mana majlis perkahwinan ataupun kenduri, orang ramai biasanya menempah servis katering untuk memudahkan urusan. Lebih-lebih lagi, dalam era yang serba ‘segera’ ini.
Perkhidmatan katering biasanya akan disediakan awal sebelum majlis berlangsung untuk mempersiapkan dan menyediakan makanan kepada tetamu. Penyediaan makanan dalam setiap majlis biasanya adalah yang paling penting kerana ia melibatkan tetamu yang datang untuk makan.
Jadi, ia haruslah dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Tetapi, hal ini berlaku sebaliknya kepada pasangan Khairun Nazri, 24 dan Fatin Zahira Rosli, 26 yang melangsungkan majlis perkahwinan di Taman Putri, Kulai, semalam.
Ini kerana, syarikat katering untuk majlis perkahwinan mereka memberi alasan tidak dapat menyediakan tempahan makanan beberapa jam sebelum majlis bermula.
Dia berkata, pihaknya menerima panggilan daripada syarikat katering pada jam 7 pagi berkaitan kekangan bagi menyediakan makanan seperti ditempah.
Tambahnya lagi, syarikat katering memberi alasan kononnya tidak sempat untuk menyiapkan makanan kerana mengambil tempahan bagi lima majlis keramaian secara serentak.
Melalui satu video yang dikongsi oleh sepupunya @ajanreduan01 di laman TikTok, dia terkejut apabila menghadiri majlis perkahwinan sepupunya dan katering tidak menghantar makanan seperti dijanjikan.
Oleh sebab itu, keluarganya dan orang ramai membantu dan bertungkus lumus memasak bersama untuk menjamu makanan serta hidangan kepada tetamu.
“Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan. Bertungkus lumus masak sendiri apa yang patut. Kasihan, polis report dah buat. Semoga tabah,” luahnya dalam video berkenaan.
https://www.tiktok.com/@ajanreduan01/video/7105636112818916634?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@ajanreduan01 Semoga dipermudahkan majlis 😢#fyp #fypmalaysia🇲🇾 #masukberanda #qiszan #weddingplanner #sabar ♬ original sound – Fadhli – TuanFadhli
Dalam perkembangan sama, pasangan itu tidak mengenali katering yang difahamkan beroperasi di Segamat itu sebaliknya semuanya diatur oleh syarikat perancang perkahwinan.
Pihaknya cuba mendapatkan alasan daripada syarikat perancang perkahwinan namun mereka hanya membayar RM3000 daripada RM16,700 yang dibayar untuk penyediaan makanan.
Mereka bersyukur kerana saudara-mara yang hadir sanggup menawarkan bantuan dan bergotong-royong untuk menyediakan makanan pada saat akhir.
Keikhlasan mereka membantu membuatkan majlis perkahwinan itu berjaya pada akhirnya. Katanya, “kami menerima 1000 tetamu pada majlis berkenaan, Alhamdulillah banyak yang kami pelajari daripada majlis ini,” jelasnya.
Meninjau pada ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati kepada pasangan berkenaan. Nasib malang yang menimpa mereka merupakan perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada hari bersejarah itu.
Mengambil salah satu komen netizen yang bernama @k’een, “Allah, kenapalah lah katerer buat macam ni, kesiannya, semoga segala urusan dipermudahkan. Amin,” tulisnya pada ruangan komen.
Melalui kejadian katering kahwin tak hantar makanan ini, orang ramai boleh jadikan ia sebagai peringatan penting untuk mengenali sebetul-betulnya pihak katering ataupun mana-mana servis perkahwinan sebelum menempahnya.
Bayaran juga haruslah dirunding untuk tidak membayar sepenuhnya bergantung kepada perbincangan untuk mengelakkan masalah sebegini. Semoga tuan rumah berkenaan mendapat keadilan kembali.
Sumber: ajanreduan01
Baca lagi: Pekerja McD Kena Prank! Suasana Kecoh Bila Kawan Sekerja Simbah Air Minuman Di Restoran