Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Baby Cakoi Dengan Sos Pandan Kastard. Simple Tapi Teramatlah Sedap!

Resepi Baby Cakoi Dengan Sos Pandan Kastard. Simple Tapi Teramatlah Sedap!

Kategori: ,

Pada waktu petang, tekak kita pasti terasa nak makan kuih yang lembut dan panas. Kalau dapat cakoi pun best jugak. Masalahnya, bila kita beli di tepi jalan, ada kalanya terdapat yang liat dan sudah sejuk. Tak berselera nak makan jadinya!

Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat cakoi sendiri di rumah? Kalau buat versi baby cakoi pasti lebih rangup, confirm laju je habis.

Dicicah pula dengan sos kastard pandan yang manis berlemak, memang makan bertambahlah jawabnya! Nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya senang saja.

Jom kita lihat resepi baby cakoi dengan sos pandan kastard yang dikongsikan oleh Siti Khadijah. Confirm lembut dan garing. Ringkas tapi teramatlah sedap!

resepi baby cakoi

Resepi Baby Cakoi Dengan Sos Pandan Kastard

Bahan-Bahan Untuk Doh Cakoi :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis
  • 1 sudu teh gula halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250 gram air suam

Cara-cara :

  • Masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
  • Masukkan tepung dan garam
  • Rehatkan doh selama 30 minit
  • Selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
  • Sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing

resepi baby cakoi

resepi baby cakoi

Bahan-Bahan untuk Sos Pandan Kastard :

  • 18 gram tepung gandum
  • 35 gram gula halus
  • 150 santan KARA
  • 70 gram air
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp perisa pandan
  • 1 tsp pewarna pandan

Cara-cara :

  • Masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut
  • Masukkan tepung ( gaul hingga rata )
  • Panaskan santan dan air hingga mendidih
  • Campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
  • Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
  • Masak diatas api hingga pekat
  • Bila sudah pekat, tutup api.
  • Sos kastard sedia untuk dinikmati bersama baby cakoi panas-panas!

resepi baby cakoi

Serius nampak sedap dan garing sangat baby cakoi ni. Dipadankan pula dengan sos kastard pandan yang sedap dan berlemak, pasti sekejap je habis bila buat nanti. Barulah puas makan di rumah untuk minum petang bila buat sendiri. Jom cuba resepi simple ni!

Sumber : Siti Khadijah via Resepi Santai II

tags: |