Pasti ramai yang setuju sebenarnya peti sejuk yang bersepah boleh buatkan kita hilang mood nak memasak. Buka-buka je, semuanya berkecah, tunggang langgang dalam peti sejuk. Sampai nak ambil barang untuk masak pun susah!
Lagi-lagi kalau time nak cepat, bila teringatkan peti sejuk yang bersepah, terus order bungkus dari luar sajalah jawabnya.
Jadi, untuk mengelakkan ibu-ibu jadi Hulk setiap kali masuk ke dapur, apa kata kita ikuti tips susun atur barang dalam peti sejuk. Barulah sejuk sikit mata memandang, kerja memasak di dapur pun jadi lebih mudah.
Tips Susun Barang Dalam Peti Sejuk, Barulah Teratur dan Senang Nak Memasak!
- Untuk susun barang dalam peti sejuk, pastikan tiada kotoran dibawa masuk dalam peti sejuk. Contohnya, sayur perlu dibasuh bersih, akar perlu bebas dari tanah.
- Simpan bahan mentah dalam bekas yang bersih. Kalau sama saiz lagi bagus, senang nak susun.
- Bahan mentah seperti ikan dan daging perlu disiang dan dibersihkan dulu serta dipotong pada saiz yang lebih kecil. Ini bagi mengelakkan bahan mentah kena defrost berkali-kali.
- Labelkan bahan mentah. Jika perlu, boleh letakkan tarikh kita beli. Amalkan “first in, first out” supaya bahan mentah yang dibeli lebih awal digunakan terlebih dahulu. Barulah tak membazir!
- Asingkan tempat simpan makanan kepada dua kategori iaitu bahan mentah dan ready to eat food (makanan siap dimakan). Letakkan ready to eat food (RTE) di rak bahagian atas dan bahagian mentah yang belum dimasak di rak bawah. Bukan saja memudahkan anda, malah ia sangat berguna untuk elakkan berlakunya pencemaran silang.
- Jangan simpan terus tin susu sejat yang telah dibuka. Tin boleh berkarat! Jadi apa yang and boleh lakukan ialah pindahkan susu sejat ke dalam bekas lain yang bertutup.
- Bahan mentah seperti ikan, ayam, daging serta produknya perlu disusun di bahagian sejuk beku dengan baik. Jangan simpan terlalu padat supaya semua bahan mentah ini dapat sejuk sekata.
- Sama seperti ruangan freezer, ruangan dingin juga tak boleh terlalu padat. Oleh itu, anda perlulah rancang pembelian stok makanan sebaiknya.
- Biasakan untuk keluarkan makanan RTE yang disimpan di peti sejuk. Seeloknya jangan disimpan melebihi 2 hari.
Pastikan Suhu Fridge Terkawal
- Untuk pastikan kesegaran makanan terpelihara, pastikan suhu di ruang sejuk beku dan dingin berada pada tahap yang betul.
- Untuk elakkan suhu peti sejuk terganggu, jangan selalu buka dan tutup peti sejuk.
Begitulah serba sedikit tips yang dikongsikan untuk susun barang dalam peti sejuk. Mungkin nak bersihkan dan siang barang mentah dan sayur agak leceh pada mulanya.
Tapi, bila anda dah susun dengan baik dalam peti sejuk, sudah tentu lebih mudah untuk anda memasak di dapur nanti.
Anda bolehlah luang sedikit masa pada hujung minggu dan ikuti tips ni untuk kemas peti sejuk. Apa salahnya bersusah sikit pada awalnya kalau dapat mudahkan anda pada masa hadapan? Jom cuba tips ni!
Sumber : Puan Fazilah Ali via Dunia Deko