Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tips Buat Sira Kentang Yang Sedap, Pedas dan Kekal Rangup. Rendam Kentang Guna Bahan Ni, Barulah Garing!

Tips Buat Sira Kentang Yang Sedap, Pedas dan Kekal Rangup. Rendam Kentang Guna Bahan Ni, Barulah Garing!

Kategori: ,

Lauk sira kentang pedas atau sambal kentang kering memang sedap. Nak makan dengan nasi pun best, kalau ratah begitu saja pun boleh. Kalau dapat kentang yang garing, barulah syok dimakan sebagai snek.

Tapi, bila kita cuba buat sendiri, selalunya sira kentang ni pasti tak jadi macam yang biasa kita beli. Bila dah digaul dengan sambal, kentang terus jadi lembik, sampai nak makan pun tak jadi dibuatnya!

Sebenarnya ada satu tips yang ramai tak tahu bila nak buat sira kentang ni. Kalau nak cuba buat sendiri sira kentang yang rangup, pedas dan sedap, cubalah tips yang dikongsikan oleh Missz Amira di Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Jom kita baca perkongsiannya.

Tips Buat Sira Kentang Yang Kekal Rangup, Pedas dan Sedap

Sediakan 3 bahan utama iaitu kacang tanah, ikan bilis, dan kentang yang dihiris nipis. Gorengkan semua bahan secara berasingan. Tapi untuk kentang, anda kena tahu satu tips berguna ni. Kalau nak tahu, teruskan membaca!

Sira Kentang

Tips Cuci dan Goreng Kentang

Sebelum nak goreng kentang yang dihiris nipis, anda perlulah rendamkannya dengan cuka atau soda bikarbonat atau air kapur (guna salah satu) dalam satu hingga dua jam.

Boleh agak-agak kuantiti kerana air rendaman akan dibuang selepas digunakan.

Sira Kentang

Lepas dah cuci, buang kanji dan toskannya. Lepas tu, barulah goreng kentang. Pastikan bila anda goreng, gunakan api yang perlahan sampai kentang jadi garing.

Tengoklah sendiri hasil kentangnya. Tengok pun dah tau garing betul. Kalau makan begitu saja dengan kacang dan ikan bilis goreng ni pun dah sedap!

Sira Kentang

Bahan Untuk Sambal Pedas Manis

  • Cili kering – dikisar halus (lebihkan jika nak pedas)
  • Bawang putih – dikisar
  • Bawang merah/ bawang besar – dikisar
  • Sos tiram
  • Gula (lebihkan untuk hasilkan kerepek rangup, tapi jangan letak terlalu banyak, nanti manis sangat!)
  • Garam secukupnya.
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  • Panaskan minyak dan tumis semua bawang kisar. Kemudian masukkan cili kisar. Tumiskan lagi sampai pecah minyak.
  • Perasakan dengan sos tiram, gula dan garam. Pastikan sambal tak terlampau cair, ya!
  • Bila sambal dah masak, biarkan sejuk seketika. Kemudian, baru masukkan kentang, kacang dan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Gaulkannya sampai sebati.
  • Sira kentang sedia untuk dinikmati. Anda boleh masukkannya ke dalam bekas kedap udara supaya kentang kekal rangup walaupun dah lama.

Sira Kentang

Sira Kentang

Rupanya kena letak salah satu bahan tu baru kentang kekal rangup, ya! Lepas ni, pasti takkan ada masalah lagi untuk buat sendiri sira kentang di rumah. Barulah dapat makan puas-puas. Jom cuba tips yang dikongsikan ini!

Sumber : Missz Amira di Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

tags: |