Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Akibat Malu Kena Sakat Dengan Officemate, Isteri Sanggup Buat Bekal Untuk Suami Style Tapau Kat Kedai

Akibat Malu Kena Sakat Dengan Officemate, Isteri Sanggup Buat Bekal Untuk Suami Style Tapau Kat Kedai

Kategori:

Pilihan untuk bawa bekal ke tempat kerja sudah jadi kebiasaan bagi yang ingin berjimat. Bukan saja dapat jimat duit, malah waktu dapat menjimatkan masa ramai orang. Tak perlu bersusah untuk keluar dan beratur untuk beli makanan.

Namun, gelagat seorang isteri menyediakan bekal untuk suaminya mencuit hati netizen. Berkongsi di Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, pengguna Facebook Zharra Aura berkongsi kisah suaminya yang pada awal beria untuk bawa bekal ke tempat kerja.

Namun, semangatnya luntur apabila rakan sekerja menyakatnya bawa bekal dari rumah. Akibat malu, suaminya sempat berpesan untuk tidak sediakan bekal untuknya.

Tapau

Kreatif Betul Akak Ni Buat Bekal Style Tapau!

Mujurlah si isteri kreatif dan bijak untuk hadapi masalah suaminya yang malu bawa bekal makanan dari rumah.

Maka tercetuslah idea dari si isteri untuk sediakan bekal dengan style tapau dari kedai. Sekali imbas, nampak macam bungkus dari warung atau restoran. Siap sambal dibungkus dalam plastik asing. Ada kalanya, si isteri siap buatkan bekal dalam bentuk nasi bungkus!

Tapau

Tapau

Tapau

Tapau

Menurut Zharra Aura, cara ini pasti suaminya tak akan malu lagi. Asalkan kenyang dan menjimatkan duit, suaminya juga dapat jimat masa dan tak perlu bersusah untuk cari makanan di luar.

Selain itu, cara ini juga memudahkan suaminya ketika makan tengah hari. Bila selesai makan boleh terus buang bekas tapau, tak perlu basuh atau bawa pulang bekas.

Kawan Sakat Sebab Jeles

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan wanita ini buat bekal style tapau untuk suami. Sesetengah warganet menganggap rakan sekerja suaminya cemburu kerana tak dapat bekal yang special dari isteri masing-masing.

Tapau

Ramai juga yang sempat terliur dengan masakan wanita ini. Walaupun simple, tapi memang terserlah keikhlasan dan kasih sayang dari air tangan si isteri. Ada yang siap minta resepi lagi! Mana taknya, bukan setakat hidangan nasi yang disediakan, malah si isteri juga pelbagaikan menu bekal suaminya seperti spaghetti.

Dalam kesempatan itu, ramai para isteri yang berkongsikan bekal makanan yang disediakan untuk si suami sambil menceritakan pengalaman mereka.

Tapau

Tapau

Semoga Akak Murah Rezeki

Dalam pada itu, ramai netizen yang memuji usaha wanita ini untuk sediakan bekal untuk suami setiap hari. Tak kurang juga ramai yang turut berdoa agar si isteri dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki atas kebaikan yang ditunjukkan pada suami.

Tak salah pun nak bawa bekal dari rumah. Bukan saja menjimatkan duit, malah makanan yang disediakan di rumah sudah tentu lebih berkhasiat dan dijamin bersih.

Untuk pasangan suami isteri pula, besar pahala bagi si isteri untuk sediakan bekal makanan buat si suami. Dengan cara ini, rumahtangga sudah tentu lebih berkat.

Sumber : Zharra Aura via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

tags: