Bagi sesetengah murid, apabila adanya cuti sekolah, ada dalam kalangan mereka membuat kerja sambilan untuk mencari duit lebih.
Ada yang berkerja di pasaraya dan tidak terkecuali di kedai makan ataupun restoran jika ada kelapangan masa dan waktu. Selain mendapat wang tambahan, pengalaman juga dapat ditimba di sana.
Tetapi, hal yang berbeza berlaku kepada salah seorang pekerja perempuan sambilan restoran yang berumur 14 tahun. Ketika melakukan kerja sambilan demikian, dia telah ditendang oleh seorang pelanggan lelaki dewasa kira-kira umur 40 tahun akibat tidak memberinya nombor telefon apabila diminta.
Menurut Mstar, kejadian di Mersing itu tular menerusi satu hantaran video di TikTok dengan keterangan yang bertulis “dayus betul awak buat perempuan macam tu”. Video itu menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti kes.
Difahamkan, tendangan itu mengakibatkan perempuan berkenaan mengalami koyak tisu lutut dan trauma untuk ke kerja. Menurut kakak mangsa yang ingin dikenali sebagai Fiza, lelaki tersebut selalu datang dan mengganggu adiknya di tempat kerja.
“Adik saya baru 14 tahun. Dia tengah cuti sekolah sekarang dan buat kerja sambilan untuk cari duit belanja. Ada seorang lelaki ni selalu datang dan kacau adik saya tengah kerja. Dia juga kerap minta nombor telefon dan ganggu tapi adik saya tak layan.
“Dalam rakaman CCTV tersebut, mula-mula dia maki adik saya dengan panggila betina sial. Adik saya tak boleh terima kena macam tu jadi dia tengking semula (kau kenapa?!). Terus di naik kaki lepas tu tendang adik saya,” jelasnya.
Selepas menendang, lelaki tersebut terus beredar keluar dari restoran. Berikutan kejadian tersebut, adik Fiza terus menghubungi ibu mereka untuk menceritakan kejadian yang telah berlaku sebelum membuat laporan polis.
“Kalau kawan lelaki tu tak halang dia daripada terus tendang adik saya, tak dapat bayangkan apa akan jadi lagi lepas itu. Lepas mereka berdua keluar, adik terus telefon mak maklumkan kena tendang dengan lelaki itu. Mak ambil ada dan pergi lapor polis.
“Lepas siap buat report, polis minta mak bawa adik ke hospital sebab tisu lutut adik saya terkoyak sebab kena terajang dua kali. Lelaki tu pakai kasut tapi saya tak tahu kasut apa,” jelasnya lagi dengan nada kecewa.
Menurutnya juga, adiknya bertambah trauma apabila lelaki itu mengugut untuk memukulnya apabila terjuma atau terserempak di tepi jalan. Adiknya hanya ingin bekerja mencari duit lebih, bukan pergi menggatal dengan lelaki.
Tambahnya, setelah laporan polis dibuat, lelaki berkenaan telah berjaya ditangkap.
Melalui kejadian pekerja perempuan restoran ditendang ini, diharapkan lelaki berkenaan mendapat balasan yang setimpal dan keadilan berpihak kepada perempuan terbabit.
Kesediaan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual yang mampu melindungi hak dan kehormatan wanita juga perlu terus dibincang dan diambil tindakan di negara ini.
Sumber: Mstar
Baca juga: “Siapa Yang Luluskan?”, Gerai Makanan Halang Laluan Pejalan Kaki, Pengguna OKU Kesal