Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Guna Air Evian Buat Campuran Ribena, Netizen ‘Tak Jadi’ Tiru Resepi Neelofa

Guna Air Evian Buat Campuran Ribena, Netizen ‘Tak Jadi’ Tiru Resepi Neelofa

Kategori: ,
resepi Neelofa

“Bila tengok Ribena, ‘ohh berpatutan lagi.. Sampai ke botol Evian tu, dah lah…”.

Itulah salah satu komen netizen yang berbaur seloroh memberi reaksi kepada video yang dikongsi artis terkenal, Neelofa di laman TikToknya. Perkongsian itu memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz mencuba resepi baharu untuk membuat air ribena yang lain daripada lain.

Guna Air Evian Buat Campuran Ribena, Netizen ‘Tak Jadi’ Tiru Resepi Neelofa

resepi Neelofa

Menurut mereka, campuran kordial Ribena Strawberry dan Ribena Blackcurrant membuatkan rasa air Ribena tidak seperti yang biasa diminum. Ia lebih sedap dengan gandingan dan campuran dua perisa berkenaan.

Menerusi video itu, mereka mencampurkan 2/3 kordial Ribena Strawberry dan 1/3 Ribena Blackcurrant. Apabila selesai mencampurkan kedua-dua perasa kordial Ribena berkenaan, seterusnya, campurkan dengan air, ambil gelas berasingan bersama ais dan tuang ke dalamnya. Sudah sedia dan boleh diminum.

Selain perkongsian resepi berkenaan, apa yang lebih menjadi buah mulut netizen adalah penggunaan air mineral yang dicampur Neelofa dan suami. Ia mengejutkan netizen apabila air Ribena itu kemudian dicampur dengan air Evian yang berharga RM4.50 jika menggunakan botol kecil (500ml).

resepi Neelofa resepi Neelofa

@neelofafyp ke tak ni ? Aduii♬ original sound – neelofa

Meninjau komen netizen berkenaan paparan itu, rata-rata mengatakan air yang ingin ditiru mereka mesti tidak akan sama dan sesedap air Ribena Neelofa jika mereka menggunakan air biasa. Kebanyakannya memberi komen secara guarauan berkaitan hal itu.

Mengambil salah satu komen pengguna TikTok @ImanRashid, dia berkata “kena pakai Evian baru jadi macam Lofa punya,” tulisnya. Selain itu, pengguna TikTok lain, @alinfirnabvc bertanya, “kalau pakai air Cuckoo sedap tak? tanyanya dengan seloroh.

“Kena Guna Evian Kot Baru Rasa Sama”

resepi Neelofa

Rata-rata netizen juga memanggil air Evian ini sebagai air kayangan kan kerana harganya yang tinggi? Haritu pun air Evian dikaitkkan dengan isu menteri. Tak apa, buat dengan air biasa pun memang merecik habis!

Cubalah resepi Neelofa campuran Ribena ni, guna air biasa pun boleh tau! Selamat mencuba!

Sumber: Neelofa

Baca juga: “Saya Makan 6 Suap Je..”, Adibah Noor Kini Lebih Kurus, Kongsi Amalan Gaya Hidup Sihat

tags: | |