Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gelagat Comel Makcik Dapat Minum Air Manis, Siap Larang Ambil Gambar Takut Anak Marah

Gelagat Comel Makcik Dapat Minum Air Manis, Siap Larang Ambil Gambar Takut Anak Marah

Kategori:
makcik minum air manis

Air manis atau air yang terdiri daripada gula dan susu pastinya sangat merbahaya kepada pesakit kencing manis. Bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis namun buat individu yang tidak mempunyai penyakit pun sangat berbahaya.

Kita tidak tahu apa yang bakal kita lalui kedepannya nanti. Jadi mulai sekarang, pastikan minuman manis yang diambil adalah dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu taksub sangat, memang minuman berperisa atau bergula ini sangat enak namun kesannya juga sangat hebat.

Berapa ramai golongan tua yang ketika ini terpaksa jaga makan dan berpantang akibat terlalu suka makan makanan dan minum minuman yang manis ketika waktu muda. Bukan itu sahaja, malah ramai juga anak muda yang sudah berhadapan dengan masalah sebegini.

Reaksi comel makcik ketika dapat minum air manis buat ramai terhibur

Berkenaan dengan air manis ini, terbaharu ada seorang wanita yang dikenali dengan nama mslyana.a , sempat berkongsi gelagat comel ibunya yang dapat menikmati air manis iaitu Teh Tarik. Mungkin sudah lama tidak menikmati atau minum air manis kerana penyakit yang dihadapi, kali ini makcik tersebut kelihatan sangat gembira selepas selesai meneguk air tersebut.

Makcik yang bertudung merah jambu gelap ini katanya sempat membuat muka kasihan apabila tidak dibenarkan untuk minum minuman manis itu. Malah kedengaran juga ibu kepada mslyana ini melarang untuk diambil gambarnya. Bimbang jika anak sulungnya marah apabila melihat dia minum air Teh tersebut.

“Kak jangan duk ambil gambar, satgi along marah pulak”

Reaksi comel makcik ini juga dapat dilihat setelah dia meneguk air tersebut. Sempat mengangkat ibu jari tanda sedap dan menggelengkan kepalanya. Malah ramai juga dari kalangan warga TikTok yang geram apabila melihat reaksi comel makcik tersebut diakhir video.

@mslyana.a Xbagi buat muka kesian. Part last tu bukan main, 🤣 #hahaha😂😂😂 #lawaktiktok #mak #takrilex ♬ Budak Ketawa Dan Sound Lawak – Cakar Maut TV Official

Along tengok ni..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga sempat memuji dan bergurau untuk memberitahu apa yang dilakukan oleh makcik ini kepada anak sulungnya. 

Sian mak tu..

Malah ada juga warga Tiktok meninggalkan komen menyatakan puas apabila melihat makcik ini membuat muka dan mengangkat tangan. Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan terhadap makcik ini kerana menganggap ia sudah lama menahan diri untuk minuma air manis.

Comel betul kan gelagat makcik ini? Dia punya kepuasan dapat minum air manis memang sangat kelihatan. Walaubagaimanapun, kami doakan semoga makcik sentiasa sihat dan berada dalam jagaan Allah SWT selalu.

Buat korang di luar sana, tidak kira sama ada tua atau muda, jagalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana kesihatan bukanlah sesuatu yang murah dan mudah untuk didapatkan. Nak minum dan makan makanan manis boleh sahaja, namun jangan diambil dengan kuantiti yang banyak.

Sumber: TikTok mslyana.a

Baca juga: Apa Perbezaan Susu Pekat Manis Dengan Krimer Pekat Manis? Yang Manakah Lebih Selamat Untuk Digunakan?

tags: |