Perkataan mengidam seringkali kita dengar apabila ada wanita yang hamil. Mengidam adalah keinginan terhadap sesuatu untuk dimakan secara tiba-tiba. Ibu yang hamil kebiasaannya mengalami situasi sebegini kerana sewaktu hamil hormon progesteron meningkat.
Malah kebanyakan dari Ibu hamil atau ibu mengandung kebiasaannya mengidam sesuatu makanan atau benda yang tidak masuk dek akal. Pernah suatu ketika dahulu, ada sebuah kisah di mana seorang ibu hamil ini mengidam daging harimau dan ingin merasai sup selipar.
Terdapat banyak kisah menarik, sedih, menakutkan serta kelakar mengenai ibu yang mengidam ini. Malah terbaharu, viral di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang wanita hamil yang dikenali dengan nama Eymah Assary mengidam makan teratai.
Bunga teratai ini bukanlah mudah untuk didapatkan. Kebiasaannya ianya terdapat di tasik atau pun di kolam besar. Disebabkan Eymah mengidam untuk makan makanan tersebut, si suami gigih mencari dan memetiknya dari sebuah tasik.
Malah menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat dengan jelas si suami membongkok di tepi tasik bagi memetik teratai berkenaan.
@eymahassary98 Alhamdulillah dapt jugak thank suami😘 #teratai
@eymahassary98 Alhamdulillah dapt jugak thank suami😘 #teratai ♬ original sound Eymah Assary
Ekoran dari video tersebut, ramai yang terkejut apabila melihat teratai boleh dimakan dan rata-rata dari mereka ingin tahu apa rasanya. Ekoran itu, Eymah membuat satu lagi perkongsian video berkenaan dengan cara makan bunga tersebut.
Menerusi perkongsian video kedua itu, dapat dilihat ibu mengandung berkenaan mengopek teratai tersebut dan mengeluarkan seketul yang kelihatan seperti kacang yang berwarna hijau. Kemudiannya, dia membuang kulit hijau tersebut dan makan isinya yang berwarna putih.
@eymahassary98 ada ke yg tak tau teratai ni boleh makan 😅 #teratai
@eymahassary98 ada ke yg tak tau teratai ni boleh makan 😅 #teratai ♬ original sound – Moh Faruk
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok. Ada yang berkongsi pernah merasai teratai tersebut ketika kecil. Manakala ada juga yang tidak sanggup untuk memakannya disebabkan rupa bentuknya yang sedemikian dan menakutkan bagi penghidap trypophobia.
Tidak kurang juga ada warga TikTok yang bertanya apa rasanya dan jawapan ibu hamil yang cantik ini adalah rasanya manis dan sedap.
Tengok wanita ini makan nampak sedap je kan? Teringin pula nak merasai apa rasa sebenarnya. Ada yang cakap rasa macam kacang namun setiap orang pasti lain rasanya. Buat wanita yang sedang hamil sekarang dan mengidam nak makan teratai, bolehlah minta suami korang mencarinya.
Namun mengidam, mengidam juga. Kesihatan pun patut dijaga. Ada baiknya tanya dan dapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu sama ada sesuatu makanan yang korang idamkan selamat atau pun tidak. Semoga semua para ibu hamil di luar sana berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.
Sumber: TikTok Eymah Assary