Biasanya, untuk resepi kerang, kita memasak kerang dengan cara rebus sahaja, masak pedas ataupun goreng dengan char kuey teow. Tetapi, pernahkah anda merasa kerang air asam? Kerang jika dicampur dengan air asam memang sedap dan enak.
Lagi-lagi apabila dah dikopek kerangnya. Bayangkan, makan dengan hirisan cili dan bawanng bersama air asam yang masam manis macam tu memang sedap. Mesti teringin nak buat kan? Jadi, untuk kali ini, kami kongsikan resepi keranng air asam yang sedap hingga jilat jari.
Jadi, bila dah siap tu, ada yang suka ratah sahaja pun boleh. Tapi, bila makan dengan nasi panas lagi sedap dan kenyang. Biasanya kerang kalau makan dengan nasi kita makan secara masakan gulai kan?
Agak jarang orang buat kerang air asam ni. Jadi, boleh lah try dekat rumah untuk rasa kesedapannya yang tersendiri. Bahan-bahan dia pun senang sahaja nak cari dan dapatkan. Bukak peti dapur tu mesti ada.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Zara Zyad Bundle
Baca juga: Ini Dia Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap! Sekali Cuba Terus Ketagih!