Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makan Roti Canai Telur RM3.30, Kena Caj Plastik 20 Sen, Pelanggan Ini Mahu Buat Aduan KPDNHEP

Makan Roti Canai Telur RM3.30, Kena Caj Plastik 20 Sen, Pelanggan Ini Mahu Buat Aduan KPDNHEP

Kategori:
roti canai telur

Kenaikan harga barang yang semakin terasa memang membebankan banyak pihak. Baru-baru ini juga, media melaporkan peningkatan harga bahan mentah seperti tepung, minyak masak dan marjerin.

Bahan mentah seperti di atas memang diperlukan peniaga roti canai untuk membuat rotinya. Jadi, kenaikan harga roti canai sudah dijangka. Tetapi, ia haruslah berwaspada dan bertimbang rasa dalam menaikkan harga jualan.

Makan Roti Canai Telur RM3.30, Kena Caj Plastik 20 Sen, Pelanggan Ini Mahu Buat Aduan KPDNHEP

roti canai telur

Terbaharu, seorang pelanggan dari sebuah restoran Nasi Kandar di Kuala Lumpur meluahkan rasa kesal dan kecewa berkenaan harga yang dicaj untuk sekeping roti canai telur. Melalui perkongsian satu hantaran gambar di Facebook Hanafi Mohd Ali, dia menunjukkan sekeping resit sebagai bahan bukti.

Di atas resit itu tertulis harga sekeping roti telur berharga RM3.30 dan dia memesannya sebanyak 2 keping menjadikan harga kedua-duanya sebanyak RM6.60. Tetapi, apa yang lebih memeranjatkan pelanggan berkenaan, dia juga telah dicaj 20 sen untuk plastik bungkusan menjadikan jumlah pesanan berharga RM6.80.

“Bila kau beli roti telur paling mahal pun RM2.80, dia boleh jual RM3.30. Siap caj plastik 20 sen. KPDNHEP Laman Rasmi nak buat aduan lah. Tapi website down pula,” tulisnya bagi keterangan untuk gambar tersebut.

roti canai telur

Meninjau ruangan komen, ada netizen ada yang bersetuju dengan keluhan pelanggan Nasi Kandar terbabit berkenaan harga sekeping roti telur yang dicaj mahal. Dan, ada juga yang tidak bersetuju mengatakan harga yang dikenakan sudah berpatutan.

Mengambil salah satu komen netizen yang bersetuju, dia berkata, “bagi muka sangat…” kata Yb Amir dalam ruangan komen berkenaan.

Ada Bersetuju

roti canai telur

Seterusnya, mengambil pula salah satu komen netizen yang menyatakan harga dikenakan sudah berpatutan, Edy Othman berkata, “normallah harga (dekat) Nasi Kandaq macam tu. Dulu-dulu pun dah naik harga, Pelita, Subaidah, Kayu.  Zaman-zaman Kedai Mamak lain roti kosong RM1.20. Dorang dah jual RM2.

Apatah lagi sekarang barang naik. dia lagi lah up. Kedai Mamak biasa naik baru RM1.20,” jelasnya sebagi reaksi untuk hantaran berkenaan.

Ada Yang Tidak Bersetuju

roti canai telur

Rasanya, melalui kes roti canai telur mahal ini, perlu ada pelarasan harga bagi setiap harga makanan yang perlu diketahui umum. Ini berbeza untuk harga sewa kedai bergantung kepada tempat dan lokasi geografi sesebuah kedai serta kos-kos lain.

Lagi-lagi, roti canai adalah makanan yang selalu dinikmati rakyat Malaysia.

Sumber: Hanafi Mohd Ali 

Baca juga: “Pedas Macam Ni?”, Peniaga Dapat Pesanan Foodpanda Nasi Goreng ‘Pedas’, Letak Cili Selambak Agar Pelanggan Puas!

tags: | |