Sejak berlakunya peperangan antara Rusia dan Ukraine beberapa bulan yang lepas, kita dikejutkan dengan kenaikan harga makanan seperti ayam dan gandum. Malah India juga hentikan eksport gandum. Tidak termasuk lagi masalah lain yang berlaku sehingga menyukarkan ramai pihak.
Manakala menurut Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia, Eren Gunhan Ulusoy, katanya semua institusi antarabangsa bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Tidak terbayang dek mata apabila mendengar perkataan sebegitu. Bukan rakyat dan orang biasa yang mengeluarkan kenyataan tersebut, namun hal tersebut dinyatakan oleh institusi antarabangsa. Mendengarkan itu, apakah persediaan kita? Apakah kita sudah bersedia fizikal dan mental untuk berhadapan dengan situasi itu?
Bagaimana nanti anak-anak kecil, ibu mengandung dan ibu ayah kita yang sudah lanjut usia apabila berhadapan dengan situasi yang menakutkan ini? Jadi bukankah lebih baik, jika kita boleh buat persediaan yang sepatutnya. Bukan kerana takut meninggal, namun dengan segala persiapan yang kita buat ia dapat membantu diri kita dan juga orang lain.
Sebagai persediaan untuk menghadapi krisis makanan ini adalah, anda semua boleh mula dengan melihat tips dan cara persediaan yang dikongsikan oleh Fatin Atikah FK ini.
Salam Jumaat korang. Nah, ikaa share cara ikaa prepp bahan makanan, untuk yang baru nak start, boleh start dengan 5 bahan utama ni. Asas dan secara umum, nak jadi prepper dan memulakan prepping ada banyak stage/tingkat antaranya :-
Tapi abaikan yang lain, sekarang kita fokus untuk prep makanan dulu okay, takde mukadimah apa sume, sebab kita dah tak banyak masa gitu. Tak lah, in sha Allah, sentiasa ada masa selagi Allah izinkan. Cuma kita taknak jadi antara orang-orang yang tak peka dengan keadaan dan isu semasa.
Perkara pertama WAJIB korang prep adalah
Untuk beras, untuk permulaan pastikan ada 10-30kg stok beras untuk simpanan. Stok beras ikut kapasiti rumah masing-masing.
Contoh kira macam ni :-
2org —-> beras 5kg x 3bulan = 15kg
5org —-> beras 10kg x 3bulan = 30kg
7org —-> beras 15kg x 3bulan = 45kg
Dah beli? Okay cun, tapi macam mana nak simpan? Beli banyak nanti ada bubuk?
Untuk part ni ada 2 pilihan :-
Paling mudah prep air. Kalau ni tak buat, pergi dok planet pluto sana. Ada 2 jugak okay.
Untuk 3 bahan ni, korang stanby lah ikut keperluan rumah masing-masing, kan ikaa suruh buat 20kg, terkentot-kentot kang nak packing. Heheheheheh. Okay, cadangan ikaa, untuk permulaan, bole buat
Dah? Utk 3 barang ni lagi senang sket cara simpan nyer. Senang ja, asal ada plastik dah bole prep dah.
Cukup dulu 3 bahan ini untuk hari ini okey. Pergi buat dulu, tak payah fikir dah. Nak fikir apa lagi, ikaa dah tolong fikir kan dari tahun lepas lagi. Terus je buat, dah terus gear 3 ni. Kan lambat, tertinggal terus.
Jadi ayuhlah kita sama-sama bersiap sedia untuk menghadapi apa yang berlaku nanti. Bukan untuk menakutkan, namun seluruh dunia berkata soal ini. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada anda semua sama ada untuk mengikuti atau pun tidak. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Semoga kita semua selamat di dunia dan di akhirar.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Fatin Atikah FK